Oleh : TS LOO
Jumaat lalu, berikutan jangkitan virus Zika dilaporkan di Singapura, kerajaan meningkatkan kawalan ketat di semua pintu masuk antarabangsa ke negara. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, pemantauan yang ketat juga dilaksanakan di semua pintu masuk dari negara jiran. Tambahnya, khususnya di pintu masuk di sempadan Tambak Johor kementerian sudah pun menambah pegawai kesihatan bagi mengelakkan penularan virus Zika masuk ke dalam negra kita. Selain itu, pintu masuk jalan darat dari Indonesia dan Thailand turut diberi dikawal ketat. "Sekarang ini kes Zika berlaku di Singapura, di mana Pejabat Kesihatan kita di Johor Baharu akan mengambil tindakan berjaga-jaga di semua pintu masuk kita", katanya selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia dan Bulan Pemakanan Peringkat Wilayah Persekutuan di sini. Sehingga Mei tahun ini, saringan dilakukan terhadap 89,640 pelawat dari negara yang merekodkan kes virus zika di pintu masuk udara, laut dan darat Malaysia. Sehingga kini, masih belum ada pelawat yang disyaki dijangkiti dengan virus pembunuh itu.- CARI Infonet sumber berita : www.astroawani.com
|
6
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT