Oleh : TS LOO
Pemerintah Afrika Selatan mahu menguatkuasakan cukai lemak ke atas minuman bergula dalam usaha memerangi gejala obesiti yang berleluasa seperti dilaksanakan oleh kerajaan Britain baru-baru ini. Namun orang ramai kurang percaya langkah itu akan dapat mengurangkan pengambilan bahan makanan tersebut waima Afrika Selatan kini mula tersenarai sebagai antara negara paling ramai rakyat paling obes di benua Afrika. Negara tersebut pada masa ini menyertai sebilangan negara di seluruh dunia termasuk Britain dan Mexico yang cuba membendung pengambilan minuman manis berkarbonat dalam kalangan rakyat khasnya generasi muda.
Walaupun cukai itu disambut baik pakar-pakar kesihatan tempatan, mereka turut sangsi ia dapat menghalang rakyat Afrika Selatan daripada terus mengambil jus dan minuman berkarbonat manis yang penuh dengan gula. Cukai baharu tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan, Pravin Gordhan dalam ucapan pembentangan bajet negara berkenaan awal Februari lalu namun ia hanya akan berkuat kuasa secara rasmi pada April 2017 depan. Langkah drastik tersebut antara lain bertujuan untuk menyelamatkan rakyat Afrika Selatan daripada membuat pilihan yang tidak sihat di samping mengurangkan kos ekonomi akibat masalah penyakit berkaitan obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan gejala obesiti sebagai satu penyakit global sejak 10 tahun lalu tetapi orang ramai masih lagi enggan menerima kenyataan amat pahit tersebut. - CARI Infonet sumber info: http://tribune.com.pk/
|
11
Bagus |
6
Marah |
13
Terkejut |
10
Sedih |
23
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
blackwidowbae replied at 9-5-2016 01:31 PM
Hukalah
itu perot kerr kantung air??
insulin replied at 9-5-2016 03:34 PM
Kantung lemak.
blackwidowbae replied at 9-5-2016 03:58 PM
Lemak liquid barangkali~ kikiki
insulin replied at 9-5-2016 04:00 PM
Semi liquid. Kena sapu losyen panas baru jadi liquid.
saladin780 replied at 9-5-2016 10:01 AM
patut buat kat malaysia jugak..
lkick2113 replied at 9-5-2016 03:14 PM
cadangan si bahlol @Acong dah dapat sambutan di afrika selatan...
saladin780 replied at 9-5-2016 06:01 PM
patut buat kat malaysia jugak..
unoryah replied at 10-5-2016 06:05 PM
entah napa aku sokong idea awak
walaupun terbeban dgn seribu mcm cukai yang ada sekarang
ADVERTISEMENT