CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berat Badan Turun Satu Kilogram, Majikan Beri Ganjaran RM62

19-5-2017 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4255| Komen: 28

Description: Dalam usaha menggalakkan setiap pekerja mengurangkan berat badan, terdapat sebuah syarikat di China bertindak menawarkan ganjaran wang tunai buat mereka yang berjaya.
Masalah obesiti sememangnya ketara di seluruh dunia khususnya bagi pekerja yang alam kerjanya hanya di pejabat dan setiap masa duduk berdepan komputer. 

Dalam usaha menggalakkan setiap pekerja mengurangkan berat badan, terdapat sebuah syarikat di China bertindak menawarkan ganjaran wang tunai buat mereka yang berjaya. 

Idea itu diusahakan oleh Wang Xuebao, Pengarah Syarikat Perunding Pelaburan Xian Jingtian di Xian City, dengan menawarkan wang sebanyak 100 yuan (RM62) bagi setiap kilogram yang berjaya dikurangkan oleh pekerjanya.

Menurut portal Oddity Central, Xuebao membangkitkan idea itu selepas mendapati stafnya termasuk dirinya sendiri menghabiskan banyak masa di meja masing-masing dan kurang bergerak.

Xuebao menganggap situasi itu tidak bagus untuk kesihatan diri selain menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan pekerja.

"Saya berasa tertekan kerana ramai pekerja menghabiskan masa di meja, kurang bergerak dan semakin gemuk.


"Menerusi aktiviti mengurangkan berat badan, kita boleh membentuk budaya dan bersaing secara sihat demi kesihatan diri," katanya.

Usaha itu dimulakan sejak Mac lalu dan ternyata ia memberi motivasi kepada lebih separuh staf syarikat itu untuk mengurangkan berat badan.

Bagaimanapun Xuebao menetapkan syarat khas iaitu setiap staf perlu mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya tiga kilogram sebelum diberikan ganjaran.- CARI

sumber: www.odditycentral.com/

8

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marumaru 19-5-2017 04:59 PM
Bestnya...kalu buat camni kat mesia jugak...buleh dapat extra income...
Quote cmf_raudah 19-5-2017 05:00 PM
bessnyee
Quote ronapink 19-5-2017 05:05 PM
kalau mcm tu sebulan, naikkan berat badan, bulan depan turunkan , dapat ganjaran

bulan depan sekali lagi naikkan balik, bulan depan tu turunkan balik..selang bulan dapat ganjaran hahaha
Quote jazaa100 19-5-2017 05:20 PM
ronapink replied at 19-5-2017 05:05 PM
kalau mcm tu sebulan, naikkan berat badan, bulan depan turunkan , dapat ganjaran

bulan depan seka ...

Kira nk untung je kau ni.....
Quote Miming2 19-5-2017 05:31 PM
ronapink replied at 19-5-2017 05:05 PM
kalau mcm tu sebulan, naikkan berat badan, bulan depan turunkan , dapat ganjaran

bulan depan seka ...

berbaloi juga hahha.. kalau dah gain dalam 2-3 kg dah dapat rm150+ siapa nak bagi Hahha
Quote tricomonas 19-5-2017 06:11 PM
Rupanya selain staff gomen di mesia yang tembun,staff swasta di china pun semacam tu jugak

Nasib naik staff swasta di sini slim2 kurus kering belaka kan?
Quote matchstick 19-5-2017 06:13 PM
bagus pengarah kompeni...bukan tau kerah pekerja bekerja keras nk kaut untung saje. peduli juga dia pasal kesihatan staff. bila staff sakit dia jgk rugi kalu kompeni kena cover medical
Quote sebu1 19-5-2017 06:20 PM
ronapink replied at 19-5-2017 05:05 PM
kalau mcm tu sebulan, naikkan berat badan, bulan depan turunkan , dapat ganjaran

bulan depan seka ...

Kah kah I loikeeee   
Quote ronapink 19-5-2017 07:34 PM
jazaa100 replied at 19-5-2017 05:20 PM
Kira nk untung je kau ni.....

peluang jana pendapatan kan
Quote ronapink 19-5-2017 07:36 PM
Miming2 replied at 19-5-2017 05:31 PM
berbaloi juga hahha.. kalau dah gain dalam 2-3 kg dah dapat rm150+ siapa nak bagi Hahha

kan, banyak tu
Quote ronapink 19-5-2017 07:38 PM

hahahaha..

ada keje kena buat, dapat duit lagi
Quote jazaa100 19-5-2017 07:45 PM
tricomonas replied at 19-5-2017 06:11 PM
Rupanya selain staff gomen di mesia yang tembun,staff swasta di china pun semacam tu jugak

Nasib  ...

Tembun utk china mainland tu kira slim org msia ....

Ukuran dorang lain....kau klu nk beli baju made in china....kau jgn perasan nk amik size S Ke M....memang tak muat....tu size utk bebudak baru nk tumbuh tetek....


Quote RatuDunia94 19-5-2017 08:01 PM
Instead of bg ganjaran.. Why not potong gaji kalo berat lebih had yg ditetapkan?
Quote marla69 19-5-2017 08:03 PM
Ni category rasuah tak
Quote kiambang 19-5-2017 09:36 PM
Malaysia pun patut contohi ..
Quote Mary_jane 19-5-2017 09:37 PM
Moga ummah putrajaya terbuka mata hati.
Quote matamata 19-5-2017 09:47 PM
kalau turun satu kilo dpt rm62...kalau naik 1 kilo potong rm31....camtu barula betul...
Quote moonbug 19-5-2017 10:13 PM
Wow boleh buat part time income ni
Quote beautifulliar 19-5-2017 10:27 PM
Suke ye dapat duit gitu..pastu g mkn sedap2 naik lg badan tu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.095912 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top