Oleh : Dean BZ
Begitu hebat fanatik penyanyi Barat kerana mereka sangat menyanjungi penyanyi-penyanyi kesayangan mereka. Kisah yang baru berlaku beberapa hari lepas jelas menunjukkan penyanyi Barat amat disanjungi peminatnya. Seorang penjual sosej telah mencipta sosej berwarna ungu sebagai memperingati bintang pop, Prince yang meninggal dunia minggu lepas. Sosej itu berwarna ungu selari dengan lagu Prince Purple Rain. Bagaimanapun sosej ciptaan Paul Kenyon, 45, itu telah dibidas ramai terutama peminat Prince kerana mendiang penyanyi berkenaan adalah `vegan’ iaitu tidak makan daging.
Ia juga menyebabkan pengikut vegan marah dan mahu Paul membuat `pindaan’ terhadap sosej tersebut. “Prince merupakan seorang vegan yang lantang dan tidak akan menghampiri kedai menjual daging. Sudah tentu beliau tidak mahu namanya digunakan dan dieksploitasikan dalam penjualan sosej,” kata seorang aktivis, Dawn Carr. Jelasnya, dengan menawarkan sosej vegan, ia bukannya cara bagi sesebuah syarikat untuk memenuhi keperluan makanan bebas daging. Selepas menerima kecaman itu, Paul telah meminta maaf. Alasan yang diberikannya ialah mungkin peminat Prince akan menyukainya. Bintang pop dunia, Prince, telah meninggal dunia di rumahnya di Minnesota, Amerika Syarikat minggu lalu, pada usia 57 tahun. Punca kematian belum diketahui dan masih dalam siasatan. - CARI Infonet. Sumber - Dailymail/mynewshub
|
11
Bagus |
2
Marah |
21
Terkejut |
6
Sedih |
4
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT