CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Senjata Kimia Paling Berbahaya Di Dunia Yang Pernah Digunakan

28-4-2016 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7664| Komen: 9

Description: Senjata kimia adalah senjata paling ditakuti kerana kesannya sangat menyeksakan...

Oleh : Dean BZ


Senjata kimia adalah senjata paling ditakuti kerana kesannya sangat menyeksakan. Senjata kimia merupakan senjata yang bersifat untuk membunuh musuh dan mengakibatkan kerosakan yang teruk bukan sahaja pada persekitaran malah pada mangsa. 


Amerika Syarikat dan sekutunya pernah menggunakan senjata kimia yang dikenali sebagai "agen orange" ketika perang Vietnam.



Selain itu, Israel juga pernah menggunakan Fosfor Putih ketika menyerang orang awam Palestine.



Senjata kimia ini sangat berbahaya jika terkena orang awam yang tiada apa-apa alat perlindungan khas kerana akibatnya mangsa akan maut selain mengalami cacat kekal dan kerosakan serius pada kulit. 

Berikut ini adalah 5 jenis senjata kimia yang sangat menakutkan tetapi pernah digunakan dalam peperangan. 


1. VX

Racun berbahaya ini dalam bentuk cair dan wap, dapat menyerang sistem saraf pusat. Bahan kimia ini dianggap 100 kali lebih beracun melalui sentuhan terhadap kulit daripada saraf, dan dua kali lebih berbahaya melalui pernafasan. VX dapat menyebabkan kematian beberapa minit setelah terkena. Bahan kimia itu mematikan dengan menyerang otot yang dikendalikan dalam keadaan aktif sehingga otot lelah dan tidak dapat bernafas lagi.

 

2. Sulfur Mustards

Gelembong dan berunsur perantara alkali. Bahan kimia ini tak berwarna, namun secara umum berwarna kuning hingga coklat dan sedikit berbau mustard atau bawang putih. Sulfur Mustards menyebabkan luka pada kulit, mata dan saluran pernafasan. Tidak ada penawar racun atas keracunan sulfur mustard jika terkena. Hanya dengan sepuluh miligram bahan kimia ini dapat membunuh ramai mangsa.


Mangsa yang terkorban akibat senjata kimia.


3. Sarin

Komponen ini sangat beracun baik dalam bentuk cair atau pun gas, menyerang sistem saraf pusat dan dapat menyebabkan kematian hanya dalam beberapa minit setelah terkena. Bahan ini memasuki tubuh melalui pernafasan, pencernaan, mata dan kulit. 


4. Chlorine

Gas kuning kehijauan dengan bau tajam ini lebih berat dari udara. Bahan ini bereaksi dengan berbagai bahan organik, menimbulkan api dan ledakan keras. Menimbulkan kesan korosif pada mata dan kulit. Penyebaran melalui udara menyebabkan sukar bernafas dan edema paru-paru. Kesan paling kuat akan menyebabkan kematian.

 

5. Hydrogen Cyanide

Sangat mudah terbakar, tidak berwarna dalam bentuk gas ataupun cecair. Dalam keadaan terbakar ia menyebarkan racun. Dapat menimbulkan iritasi mata, kulit dan saluran pernafasan. Bahan ini dapat menyerang sistem saraf pusat sehingga peredaran darah tidak berfungsi.


Itulah antara senarai senjata kimia yang sangat berbahaya, jika tidak dikawal akan mendatangkan musibah besar jika berlaku perperangan. Sama-sama kita doakan agar tidak berlaku lagi perang melibatkan senjata kimia kerana kesannya amat dasyat sekali. - CARI Infonet.


18

Bagus
24

Marah
21

Terkejut
34

Sedih
23

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 28-4-2016 11:17 PM
aku pelik, semua nk ikut si uncle john ni
Quote rastaf 29-4-2016 12:18 AM
Yang mula guna bom atom pun USA jugak.. dah kalah pearl harbour kena ganyang dengan jepun terus guna atom.lepas tu sibuk nak jadi polis dunia x bagi orang bina nuklear
Quote AbukRokok 29-4-2016 08:57 AM
artikel xlengkap xmention negara pengguna dlm peperangan nti msti ummah syumul suchi xpercaya
Quote syue86 29-4-2016 11:31 AM
mcm bacul je guna senjata kimia
Quote akukah 29-4-2016 05:25 PM
rastaf replied at 29-4-2016 12:18 AM
Yang mula guna bom atom pun USA jugak.. dah kalah pearl harbour kena ganyang dengan jepun terus guna ...

US masa sblm drop bom atom kt hiroshima tu, diorg dh berada di ambang kemenangan dh pun..
Jepun dh tenat sgt masa bln ogos 1945.. Turning point nya masa armada laut jepun kalah dkt battle of midway
Quote Nadim 24-5-2016 11:43 AM
Andyscenes replied at 28-4-2016 11:17 PM
aku pelik, semua nk ikut si uncle john ni

Uncle John ke Uncle Sam.... atau saja beri nama baru kot...he he


Quote Andyscenes 24-5-2016 11:47 AM
Nadim replied at 24-5-2016 11:43 AM
Uncle John ke Uncle Sam.... atau saja beri nama baru kot...he he

haha. sbnrnya silap. uncle sam. uncle john tu rotii
Quote rigorsamsa 17-7-2016 03:32 PM
biasa dengar sarin jek. lagi 4 tu tak penah dgr. nice info

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.094155 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top