Oleh Izzah Abbasy
Menurut Senator Datuk Mariany Mohammad Yit, penggunaan aplikasi media sosial seperti 'Group' WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan dikhuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam. Terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka. Katanya terdapat kes ketua jabatan yang mewajibkan penggunaan WhatsApp sebagai saluran komunikasi kepada semua pekerja. "Pada masa kini, penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai sektor awam amat popular." Beliau berkata, tidak dinafikan penggunaan aplikasi media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan. "(Cuma) kita mohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjelaskan adakah aplikasi WhatsApp telah diwartakan sebagai saluran rasmi komunikasi antara penjawat awam," katanya. Beliau berkata, JPA juga diminta menjelaskan sama ada pekeliling perkhidmatan awam telah dikeluarkan berhubung penggunaan aplikasi berkenaan bagi memantau standard piawaian dan tatacara serta kredibiliti penggunaannya demi menjamin keselamatan operasi dan keselamatan dokumen yang mungkin menjadi sebahagian daripada dokumen rahsia rasmi kerajaan. – CARI Infonet Kredit : Bernama
|
17
Bagus |
7
Marah |
3
Terkejut |
15
Sedih |
6
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
haryatie replied at 22-4-2016 10:26 AM
mmg pun da jd wajib pulak join..
waktu ofis ker..x waktu ofis ker
ada jerk wasap pasal keje masuk
...
haryatie replied at 22-4-2016 10:26 AM
mmg pun da jd wajib pulak join..
waktu ofis ker..x waktu ofis ker
ada jerk wasap pasal keje masuk
...
R2D2 replied at 22-4-2016 03:02 AM
group whatsapp ni
pepagi sure ada kasi salam
dino replied at 22-4-2016 10:40 AM
opis aku ade gak grup... tp tak aktif sgt.... grup hangout pun ade.... tp bos jenis ade hati perut ...
ADVERTISEMENT