Oleh : TS LOo
Ramai kanak-kanak kecil dilihat sudah menggunakan cermin mata. Lazimnya pemakaian cermin mata bertujuan untuk merawat masalah kerosakan mata yang dihadapi oleh anak. Cermin mata biasanya dipakai disebabkan oleh masalah kerosakan mata akibat rabun jauh. Ibu bapa boleh membantu anak menjaga kesihatan mata bagi mengelakkan berlau masalah rabun jauh. Kurangkan aktiviti di dalam rumah yang membuatkan mata anak melihat objek yang static seperti menonton televisyen, melihat telefon pintar, computer tablet atau permainan video di televisyen. Jika membuat aktiviti tersebut, hadkan masa paling optimum sebanyak 30 minit.
Galakkan anak melihat pemandangan hijau dan jauh. Galakkan anak melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersukan, berbasikal, berenang dan memanah. Beri anak makan makanan berkhasiat yang kaya dengan karoten seperti lobak merah. Sekiranya anak membaca atau menulis, pastikan mereka duduk dalam postur tegak di kerusi dan meja yang bersesuaian. Elakkan meniarap atau berbaring untuk melakukan aktiviti ini. Pastikan jarak buku dan mata adalah 30 cm semasa membuat aktiviti membaca. Sebagai ibu bapa yang mengambil berat anak, pemantauan yang sewajarnya dan tindakan yang tegas perlu diambil sekiranya mendapati anak berkelakuan yang boleh merosakkan penglihatannya.- CARI Infonet sumber info : http://www.empowher.com/ |
34
Bagus |
24
Marah |
23
Terkejut |
46
Sedih |
24
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT