Oleh Fyruz Hanna Dikala anak-anak terkena jangkitan demam campak pasti kita rasa risau dan takut bukan? Pastinya ruam-ruam yang timbul memudahkan ianya berjangkit yang menyebabkan anak kita mudah terkena jangkitan tersebut. Demam ini yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan ruam pada kulit. Walaupun anda sudah mendapatkan nasihat dan ubatan doktor, namun pantang -larang orang dahulu kala kadang-kadang ada baiknya.
Antara pantang larang dahulu kala adalah: 1. Jangan bagi kena air hujan Dikuatiri parut besar akan kekal. Sebaiknya jangan kena hujan untuk 2 hingga 3 minggu. 2. Jangan makan, makanan yang bergoreng, bertumis Pendek kata elakkan minyak. Selain itu, makanan laut dan juga telur perlu dielakkan. 3. Mandi Kanak-kanak terkena demam campak perlu dimandikan dengan keram untuk menurunkan suhu badan. Jika suhu badan tidak surut, sukar ruam untuk surut. 4. Jangan mandi guna sabun Kerana sabun mengandungi bahan kimia. Ia dikuatiri akan terjangkit kuman. 5. Jangan pakai baju Kalau boleh jangan pakaikan baju (untuk budak-budaklah) sebab peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu. 6. Jangan garu atau kopek kudis Kerana kudis sama seperti jerawat. Ia akan merebak dan mencacatkan kulit. -CARI Infonet.
|
18
Bagus |
21
Marah |
15
Terkejut |
21
Sedih |
27
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
yayangmama replied at 11-4-2016 01:47 PM
mak saya memang pesan sangat2...jgn kena hujan
kalau chicken pox jgn makan kicap...nt jadi hitam. ...
ADVERTISEMENT