Oleh Izzah Abbasy
Ekoran kes hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad mengakui beliau tersilap menyatakan jumlah hutang yang ditanggung 1MDB. “Laporan menyatakan ia bukan sekadar RM42 bilion, sebenarnya ialah RM50 bilion…lebih banyak daripada (jumlah) itu, jadi saya silap mengenainya, kerana saya nyatakan jumlah lebih kecil. “Saya rasa RM50 bilion pun tidak betul, ia mungkin lebih banyak lagi,” katanya. Dr Mahathir berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tuduhannya mengenai pinjaman sebanyak RM42 bilion yang “hilang” adalah salah. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menerusi laporan yang dikeluarkan semalam mengesahkan, 1MDB tidak “menghilangkan” pinjaman sebanyak RM41.868 bilion yang diperolehinya. Pada masa sama, beliau menyuarakan rasa simpati terhadap Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, susulan gesaan PAC supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB itu disiasat berhubung hutang sebanyak RM50 bilion yang ditanggung syarikat pelaburan strategik kerajaan itu. Ini kerana, jelasnya, Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang menubuhkan syarikat itu, bukannya Shahrol Azral. Hasil siasatan PAC turut mendapati, 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan. Pada Januari 2016, jumlah hutang itu mencecah RM50 bilion berbanding aset RM53 bilion, dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion sebagai pembayaran faedah untuk hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit). - CARI Infonet
|
6
Bagus |
10
Marah |
6
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Esmiria replied at 7-4-2016 09:27 PM
takpe .korang tunggu satu lgi brite mengejutkn.Sohih abc dan bbc hentam melisia.dan ia bukn psl 1mdb ...
Esmiria replied at 7-4-2016 09:27 PM
takpe .korang tunggu satu lgi brite mengejutkn.Sohih abc dan bbc hentam melisia.dan ia bukn psl 1mdb ...
TuntungReturn replied at 7-4-2016 09:38 PM
perwaja dlu bpe bilion?
Esmiria replied at 7-4-2016 09:27 PM
takpe .korang tunggu satu lgi brite mengejutkn.Sohih abc dan bbc hentam melisia.dan ia bukn psl 1mdb ...
ADVERTISEMENT