Oleh : TS LOO
Semalam ketua menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri, DUN akan dibubarkan pada 11hb April. Tempohnya tidak sampai setengah hari berita tersebut diumumkan, Parti DAP telah memuatnaikkan sebuah lagu khas Kempen Pilihanraya Sarawak dengan nama lagu yang mudah difahami iaitu Tak Nak BN ! Lagu tersebut berdurasi 3 minit 33 saa, melodi dan lirik lagunya senang dinyanyikan. Watak-watak dalam video kilp lagu tersebut semuanya berpakaian baju tradisional orang asli negeri Sarawak. Lagu tersebut penuh dengan unsur-unsur sindiran, jelas ianya diterbitkan untuk mempersendakan parti pemerintahan Sarawak, antaranya yang mendakwa Barisan Nasional berjanji akan membina jalan raya dan membekalkan air dan elektrik untuk rakyat Sarawak, tetapi masih belum selesai lagi.
"Janji bina jalan, tapi kena berjalan, janji bekalkan air, tapi hanya berikan tangki, janji bekalkan elektrik tetapi hanya memasang tiang lampu saja." Selain itu, lagu itu juga menyentuh mengenai 2.6 billion kemelut dermaan politik. Malah juga menekankan Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan bahan sumber asli, tapi rakyat Sarawak masih hidup dalam keadaan yang amat merana. Parti DAP tiba-tiba mengeluarkan lagu tersebut ketika pengumuman pembubaran Dewan Undangan Nereri Sarawak, jelas sekali DAP telah lama bersiap-sedia. Berikutan pembangunan teknologi internet yang pesat, parti politik turut cuba mempergunakan kemudahan internet untuk mencapai strategik promosi yang lebih berkesan, khususnya video yang berlagu. DAP adalah antara parti politik yang paling hebat dalam usaha ini, setiap kali tibanya apa-apa perayaan, pastinya mereka akan hasilkan lagu yang akan digunakan untuk sambutan perayaan tersebut. - CARI INfonet |
7
Bagus |
12
Marah |
4
Terkejut |
10
Sedih |
13
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT