CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menjijikan, Bangkai Tikus Ditemui Dalam Bekas Sos Cili

6-4-2016 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8309| Komen: 22

Description: Menurut akhbar Sinar Harian seorang wanita di Sungai Petani, Kedah terjumpa bangkai tikus dalam bekas cili sos yang dibelinya untuk digunakan memasak bihun kepada penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman ...


Minta perhatian semua, sekiranya berkeinginan nak masak atau makan sos cili atau sebarang jenis sos, adalah dinasihatkan kenalah tengok betul-betul samada terdapat sebarang objek yang tidak diingini dalam bekas sos terbabit.





sumber foto: mynewshub.cc


Ini kerana baru-baru ini, menurut portal berita mynewshub, seorang wanita di Sungai Petani, Kedah terjumpa bangkai tikus dalam bekas cili sos yang dibelinya untuk digunakan memasak bihun kepada penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Merbau, Tikam Batu.


“Saya selalu juga beli sos cili jenama ini sebab ada cop Jakim, jadi tak was-was nak guna. Tak sangka pula ada tikus mati di dalamnya,” jelasnya kepada pemberita.


“Lepas dah masuk bahan nak masak bihun, saya baru buka botol sos berkenaan dan nak tuang ke dalam kuali. Tapi sosnya tak keluar-keluar. Lepas itu saya picit-picit botol itu, keluar seketul objek hitam yang menyerupai bangkai haiwan."


“Kami terkejut, tengok-tengok, tikus yang mati dalam bekas sos tu. Memang terus meremang bulu roma dan rasa jijik tak terkata.” 


Sementara itu, Mohd Saiful Asri, bekas pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah mengadu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan difahamkan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas syarikat pengeluar produk berkenaan.


Pada masa yang sama, Imam Surau Al-Kauthar Taman Merbau, Mohd Noor Abdul Hamid meminta agar pihak JAKIM membuat siasatan terhadap kesahihan logo halal digunakan pengeluar syarikat sos berkenaan.


Isu-isu berkaitan halal dan haram sangat sensitif bagi rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Kami percaya kes-kes sebegini bukan sahaja sensitif dalam kalangan yang beragama Islam tetapi turut melibatkan bangsa lain juga.- CARI Infonet




sumber berita : http://www.mynewshub.cc/
12

Bagus
14

Marah
19

Terkejut
13

Sedih
18

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 6-4-2016 11:45 AM
@sinar.com doh kabk,jangan ambik beritanyer.Cia cia cia.
Quote chinta89 6-4-2016 11:48 AM
Esmiria replied at 6-4-2016 11:45 AM
@sinar.com doh kabk,jangan ambik beritanyer.Cia cia cia.

eh..iye ke????
Quote AisyDani13 6-4-2016 11:52 AM
Mesti time machine tgh packing2 sos dalam botol..
Cik Ti ni lalu..
tu yg termasuk lam botol tu kot..

Quote CrowneGlory 6-4-2016 11:58 AM
komen kilang pulak...so now dh tau brand apa

PERAI - Seorang pengusaha sos cili  di sini menolak dakwaan terdapat bangkai tikus di dalam bekas sos keluaran kilangnya yang terletak di Taman Nagasari.

Pengurus Kilang Ghee Hin Chan Food, Khoh Liak Teng berkata, kilangnya amat menitikberatkan aspek kebersihan dalam ruangan membuat sos cili ini.

“Peralatan di sini semuanya akan diselenggarakan mengikut waktu tertentu. Begitu juga dengan ruang membuat sos. Kita akan sentiasa pastikan ia berada dalam keadaan bersih.“Sos dibuat dengan kaedah elektronik iaitu ketika proses sos dimasukkan ke dalam bekas," katanya kepada Sinar Harian.


Mengulas lanjut mengenai penemuan bangkai seekor tikus dalam bekas sos keluaran kilang itu oleh seorang individu di Tikam Batu katanya, perkara ini adalah sesuatu yang mengecewakan pihaknya.


“Setahu saya, sepanjang 30 tahun kami beroperasi belum pernah lagi menerima aduan sebegini.

“Saya merasakan ia seolah-olah satu tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk jatuhkan perniagaan kami," katanya.Malah menurutnya, tiga minggu lalu, jabatan kesihatan turut membuat pemeriksaan di kilangnya itu dan hasilnya amat positif.


“Mereka berpuas hati dengan keadaan persekitaran dan ruangan memproses di kilang ini. Malah, produk kami juga diperakui halal oleh pihak berwajib yang datang memeriksa," katanya.


Liak Teng berkata, pihaknya kesal kerana perkara itu tidak diadukan terus kepada pihaknya.


“Pada saya, sepatutnya individu tersebut terus menghubungi kami untuk memaklumkan kejadian yang berlaku dan bukannya menghebahkan terlebih dahulu tanpa mengetahui hal sebenar.


“Kami bila-bila masa saja sedia memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak termasuk individu yang mendakwa menemui bangkai tikus tersebut. Dia juga bila-bila masa boleh datang sendiri ke kilang ini untuk tengok proses pembuatan sos,” katanya.


Bertapak hampir 30 tahun dalam industri pembuatan sos, Liak Eng berkata, kilang yang diusahakan bersama adiknya merupakan hasil titik peluh bapanya.


“Syarikat ini warisan daripada mendiang ayah, dia mengamanahkan kami untuk uruskan kilang ini dengan sebaiknya. Sebelum ini kami beroperasi di Jalan Mengkuang, Bagan dan sekitar tahun 90-an kami berpindah ke sini.


“Pada saya, apa sahaja yang diterima seharusnya kita menyiasat cerita sebenar terlebih dahulu. Kami amat menitik berat soal kebersihan dan halal, lebih-lebih lagi pelanggan kami juga terdiri daripada pelbagai bangsa serta agama,” katanya
Quote Esmiria 6-4-2016 11:59 AM
chinta89 replied at 6-4-2016 11:48 AM
eh..iye ke????

xkn x thu.ada tred tu.tajuk sila ambil perhatian. usernya @sinar.com

Quote Esmiria 6-4-2016 11:59 AM
AisyDani13 replied at 6-4-2016 11:52 AM
Mesti time machine tgh packing2 sos dalam botol..
Cik Ti ni lalu..
tu yg termasuk lam botol tu kot ...

amboi terpanggil Cik ti.Sopan word tu dek
Quote chinta89 6-4-2016 12:02 PM
CrowneGlory replied at 6-4-2016 11:58 AM
komen kilang pulak...so now dh tau brand apa

PERAI - Seorang pengusaha sos cili  di sini menolak  ...

hmm.. gtu kesahnya. so, hrp ade la tindakan susulan utk check kesahihan bangkai tikus tu, mne tau kot2 tudung dh tbuka mse beli ke ape ke.

boleh ke bangkai tu x hancur bila dh lama duk dlm btol ek?
Quote qronaldo7 6-4-2016 12:05 PM
ala kalau bangkai asing pun sapa tau
Quote AisyDani13 6-4-2016 12:10 PM
Esmiria replied at 6-4-2016 11:59 AM
amboi terpanggil Cik ti.Sopan word tu dek

hehe mmg betul ..
kite mmg panggil Cik Ti..
lg2 kalau kat rumah..
org tua2 kata kalau kite sebut TIKUS.
nnt ia dtg kacau..
so,kalau panggil Cik Ti, ia xkacau..
hehehehehheheh



Quote cpixie 6-4-2016 12:56 PM
naik loya tekak ni ha!! asik baca cerita yang bukan2 ja hari ni
Quote kaki_mekap 6-4-2016 01:19 PM
Grosssssss. Bwekkkkkk
Quote Mary_jane 6-4-2016 01:21 PM
Tikus lumur sos.
Quote CrowneGlory 6-4-2016 01:31 PM
chinta89 replied at 6-4-2016 12:02 PM
hmm.. gtu kesahnya. so, hrp ade la tindakan susulan utk check kesahihan bangkai tikus tu, mne tau  ...

kalau tgk betul2 bhgian perut tikus tu kan dh reput
Quote imransulaiman 6-4-2016 03:35 PM
Mungkin ini perbuatan khianat. Pihak mana yang punya angkara, itu yang tidak diketahui
Quote cewekbopot 6-4-2016 03:58 PM
agaknye mickey ni terjun dlm periok sos
Quote anne_cheng 6-4-2016 05:24 PM
AisyDani13 replied at 6-4-2016 12:10 PM
hehe mmg betul ..
kite mmg panggil Cik Ti..
lg2 kalau kat rumah..

Maaf klu kasar but i panggil vavi jaa tikus ne ,,,, sakit ati dgn tikus kt rumah iolss ,,,, siang2 pom dok lalu lalang depan iolss kt dapur ,,,, mcm harem jee

Klu da bunuh 2 3 ekor, skjp je aman xde tikus,,, tunggu laa seminggu dua, ad lagi vavi tu ,,, hmmmm
Quote -electrifying- 6-4-2016 05:40 PM
AisyDani13 replied at 6-4-2016 11:52 AM
Mesti time machine tgh packing2 sos dalam botol..
Cik Ti ni lalu..
tu yg termasuk lam botol tu kot ...

ada logiknya...
Quote blackwidowbae 6-4-2016 05:41 PM
Tikus diperap sos cili, kalau di grill tu mesti manis manis pedas rasanyerrrrr


Wekkkkkkk!!! Kembang tekak makcik
Quote AisyDani13 6-4-2016 06:02 PM
anne_cheng replied at 6-4-2016 05:24 PM
Maaf klu kasar but i panggil vavi jaa tikus ne ,,,, sakit ati dgn tikus kt rumah iolss ,,,, siang2 ...

Hehe..
huisshh mmg bengang tu kalau smpai lalu kat dapur cengitu..
bertabahlah, mmg dorang suka nau chill2 kat rumah org..


Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.471100 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top