Oleh : TS LOO
Walaupun berbangsa Cina, tapi membesar dalam kalangan komuniti Melayu membuatkan jiwanya sudah sebati dalam penulisan puisi Bahasa Melayu hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana banyak tulisannya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan Perancis. Teo Wei Sing, guru bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Putih, mula menulis puisi Melayu sejak sedekad lalu untuk menzahirkan luahan hatinya, bukan sahaja mengenai bahasa dan alam sekitar malah berkaitan perpaduan.
Dilahirkan di bandar Kuantan yang dikelilingi masyarakat Melayu menjadikan beliau fasih berbahasa Melayu dan dikenali sebagai Ah Heng dalam kalangan rakan-rakan dan jirannya. Lebih 500 puisi dan sebahagian karyanya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan Mandarin telah dihasilkan oleh Wei Sing setakat ini. Beliau juga mempunyai 20 buku termasuk karya peribadi dan himpunan antologi bersama penulis lain.- CARI Infonet Berita selanjutnya : sinarharian.com.my/
|
29
Bagus |
19
Marah |
24
Terkejut |
11
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT