CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kompaun Sehingga RM1,000 Jika Gagal Asingkan Sisa Pepejal

31-3-2016 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9910| Komen: 70

Oleh Adib Za

Mulai 1 Jun ini, isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal akan dikenakan kompaun, namun pihak kerajaan masih dalam peringkat akhir untuk menentukan kadarnya.


Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Sadique berkata, bagi rumah atas tanah kompaun yang dicadangkan ialah RM50 bagi kesalahan kali pertama, RM100 bagi kesalahan kali kedua dan RM500 bagi kesalahan kali ketiga.

Bagi kediaman bukan atas tanah (non landed property), cadangan kompaun adalah RM100 bagi kesalahan pertama, RM200 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan kali ketiga.

"Bagi kesalahan kali keempat dan seterusnya, kami akan bawa mereka ke mahkamah dan denda maksimum ialah RM1,000," katanya. 

Akta 672 yang memandatorikan isi rumah mengasingkan sisa pepejal dari punca (rumah) berkuat kuasa sejak September lepas, namun kerajaan memberikan ruang masa sehingga 1 Jun ini untuk melaksanakan tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan itu. - CARI Infonet



Sumber/ Baca selanjutnya: Bernama

(Sumber foto: BH Online)

9

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 30-3-2016 10:54 PM
Kalau nak suruh rakyat Malaysia  asing kan  sampah untuk di recycle...sila bagi lagi 2 bins. Jangan fikir asik nak saman Je.


Quote periakuning 30-3-2016 11:00 PM
Kami dah biasa asing2 sampah ni..so takde masalah sngt..
Ok lagi la gov tak paksa beli beg plastik untuk sampah macam kami experience kat jepun dulu..
Jom asing sampah semua..benda kecik je..
Quote periakuning 30-3-2016 11:06 PM
FOTHER-MUCKER replied at 30-3-2016 10:54 PM
Kalau nak suruh rakyat Malaysia  asing kan  sampah untuk di recycle...sila bagi lagi 2 bins. Jangan  ...

Perlu ke nak 2 tong sampah lagi?takde tempat nak letak..dengan nak parking keta lagi..dahla sekarang ni ramai yg rumah teres biasa je pun tapi berbijik2 keta sampai tak cukup tempat nak parking..ni nak buat letak tong sampah pulak..

lagipun beli sendiri la kalau nak extra tong sampah..takkan nak suh gov bazir duit lagi..
Quote FOTHER-MUCKER 30-3-2016 11:06 PM
periakuning replied at 30-3-2016 03:00 PM
Kami dah biasa asing2 sampah ni..so takde masalah sngt..
Ok lagi la gov tak paksa beli beg plastik  ...

Masa lahnya di malaysia ni panas, kalau sisa makanan tu nak simpan kat mana? Kalau letak luar bin tak pasal pasal kucing datang bocorkan plastic tu..dan akan berbau.. Sebab itu sepatutnya dbkl kena bagi 2 lagi bin..untuk plastic dan kaca.
Quote FOTHER-MUCKER 30-3-2016 11:08 PM
periakuning replied at 30-3-2016 03:06 PM
Perlu ke nak 2 tong sampah lagi?takde tempat nak letak..dengan nak parking keta lagi..dahla sekara ...

Tong sampah perumahan do TTDI semuanya di luar pagar. Boleh letak lagi 3-4 bins.


Quote FOTHER-MUCKER 30-3-2016 11:11 PM
Nokiaman replied at 30-3-2016 03:07 PM
Asing asing tp masuk bin sama...kalo letak tepi..anjin plak balun...kalo tk mamat yg selongkar besi  ...

Betulah , paling kurang pun dua bins. Ini bagi satu je, lepas tu fikir nak saman orang je. Tu lah dapat menteri bodo...belajar luar negara tapi apa yang mereka bawa balik Msia?
Quote periakuning 30-3-2016 11:11 PM
FOTHER-MUCKER replied at 30-3-2016 11:06 PM
Masa lahnya di malaysia ni panas, kalau sisa makanan tu nak simpan kat mana? Kalau letak luar bin  ...

Sy letak sampah sisa makanan dalam tong..botol plastik dalam plastik..kaca dan tin pun dalam plastik..setakat ni kucing tak makan lagi botol dan tin..:p tapi kami keluarkan sampah tin dan botol pada hari kutipan shj..tu pun tunggu sampai penuh plastik..untuk jimat plastik..
Quote shamsadis 30-3-2016 11:12 PM
Makan pun malas basuh pinggan mcm mana nak asing yang penting, pas makan tinggal, Bangla kan ada utk kemas, tapi Bangla x boleh kerja kat Malaysia
Quote periakuning 30-3-2016 11:13 PM
FOTHER-MUCKER replied at 30-3-2016 11:08 PM
Tong sampah perumahan do TTDI semuanya di luar pagar. Boleh letak lagi 3-4 bins.

Beli sendiri je lah yang..nak letak sepuluh pun buleh..ubah sikit mentaliti subsidi ni..tak buleh manja sngt..tak sihat..
Quote FOTHER-MUCKER 30-3-2016 11:16 PM
periakuning replied at 30-3-2016 03:11 PM
Sy letak sampah sisa makanan dalam tong..botol plastik dalam plastik..kaca dan tin pun dalam plast ...

Memanglah kucing tak makan tin! Tapi awak tahukah...tin tu bekas apa? Mungkin salmon, beef, baked beans dan lain lain lagi.


Quote FOTHER-MUCKER 30-3-2016 11:17 PM
periakuning replied at 30-3-2016 03:13 PM
Beli sendiri je lah yang..nak letak sepuluh pun buleh..ubah sikit mentaliti subsidi ni..tak buleh  ...

Sepatutnya dan sememangnya dbkl harus sediakan.
Quote periakuning 30-3-2016 11:21 PM
FOTHER-MUCKER replied at 30-3-2016 11:17 PM
Sepatutnya dan sememangnya dbkl harus sediakan.

Tak payah la..tong sampah tu bukan murah pun..ratus2 juga satu...

Tak payah la suh gov perabis duit lagi..

Nanti dinaikkan tax ke ape..sape yg susah..kita jugak kan..

Lagipun kena matangla..daripada suh gov sediakan tong sampah ai lagi suka kalau setiap rakyat mesia dapat mcm duit brim..lagi happy kut..tong sampah nak buat ape..
Quote periakuning 30-3-2016 11:33 PM
FOTHER-MUCKER replied at 30-3-2016 11:16 PM
Memanglah kucing tak makan tin! Tapi awak tahukah...tin tu bekas apa? Mungkin salmon, beef, baked  ...

Err..basuhla dulu dik..takkan semua benda nak kena ajar..aiyaa..
Quote adelea 30-3-2016 11:34 PM
FOTHER-MUCKER replied at 30-3-2016 03:16 PM
Memanglah kucing tak makan tin! Tapi awak tahukah...tin tu bekas apa? Mungkin salmon, beef, baked  ...

Awak buang macam tu jer.. selalunnya org bilas dulu baru buang .. supaya anjing or kucing tak bau..
Quote FOTHER-MUCKER 30-3-2016 11:37 PM
periakuning replied at 30-3-2016 03:21 PM
Tak payah la..tong sampah tu bukan murah pun..ratus2 juga satu...

Tak payah la suh gov perabis  ...

Saya preferred tong sampah dari brim, lagi pun bukan semua orang layak menetima brim. Lagi pun menyesiakan tong sampah ni adalah urusan dbkl.

Sebagai contoh di Australia juga pihak tempatan bagi 3 bins juga di eropah. Kalau nak buat, buat betul betul. Jangan separuh sahaja..dan tau nak saman je.
Quote FOTHER-MUCKER 30-3-2016 11:40 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-3-2016 03:55 PM
adelea replied at 30-3-2016 03:34 PM
Awak buang macam tu jer.. selalunnya org bilas dulu baru buang .. supaya anjing or kucing tak bau. ...

Di TTDI ni dbkl bagi tong sampah tinggi bertutup yang ada wheels tu, made in Germany Dan semua tong sampah penduduk adalah diluar Kawasan pagar dan tiada bau yang akan keluar dari tong sampah tu. Dan semua tong sampah mempunyai siri number. Dulu guna tong sampah biasa tu..tapi dbkl ataupun alarm flora? Tak mau guna kan lagi kerana tidak sesuai? Sebab mereka nak guna kan tong sampah yang Ada wheels tu senang ditolak dan menggunakan machine automatic  lori sampah tu untuk terus di tuang ke dalam lori sampah tu. Mereka nak ikut cara Australia Dan eropah.

Seperti ni....
Quote clarizsa 31-3-2016 12:20 AM
Tganu kelantan n certain negeri x kena kan?
Leceh tul saman bagai.. urgh

Quote FOTHER-MUCKER 31-3-2016 02:02 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-3-2016 06:31 PM
clarizsa replied at 30-3-2016 04:20 PM
Tganu kelantan n certain negeri x kena kan?
Leceh tul saman bagai.. urgh

Kan, Kalau nak buat, buat betul betul jangan separuh jalan. Dulu dbkl ada edarkan flayers cara macamana nak recycle, suruh letak sampah di luar tung sampah..ke apa? jika belum hari kutipan, kecuali sampah yang nak di kutip esoknya baru diletak dalam tong sampah tu.
So berapa hari sampah kotor nerbau tu nak letak kat luar tong? Dah lah sekarang semingu 3-4 hari je mereka datang kutip sampah.
Kalau dah mula buat kutipan sampah untuk recycle nanti mau semingu sampah tak di kutip kerana mengikut gilaran dan sampah tu Akan berada di luar tong sampah.

Tak fahamlah dengan mentality dia orang ni..suka buat kerja separuh separuh. ni lah bilama ada menteri pprt yang mana kekononya nak jadi negara maju tapi cara berfikir seperti baru keluar kampung.


Pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di rumah ini akan melibatkan negeri-negeri yang menerimapakai Akta 672 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Quote edee_91 31-3-2016 02:43 AM
yay selangor tak kena!

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.296293 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top