Oleh Adib Za Kabinet pada Jumaat bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu, berkuat kuasa 1 April ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh kabinet pada 11 Mac lalu. "Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan 'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang," kata Najib. Pada 11 Mac lalu kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan. - CARI Infonet Sumber: Bernama
|
26
Bagus |
21
Marah |
10
Terkejut |
21
Sedih |
12
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
yellowfin replied at 26-3-2016 04:56 AM
Siap la... KJ dah boleh duduk level 4 KLCC pulak lepas ni..
ADVERTISEMENT