Oleh Izzah Abbasy
Kita semua pasti mempunyai atuk dan nenek. Bezanya, masih ada bersama-sama ataupun telah bertemu dengan yang Maha Esa. Kisah yang menjadi viral di laman sosial Twitter baru-baru ini tersentuh hati sesiapapun yang membaca atau melihatnya. Mana tidaknya, seorang datuk telah membuat perancangan untuk makan malam bersama enam orang cucu di rumahnya di Oklahoma, Amerika Syarikat malahan kerana teruja, si datuk sanggup menyiapkan sedozen burger untuk hidangan cucu-cucu kesayangannya itu. Tapi, sayangnya, hanya seorang sahaja yang hadir ke makan malam istimewa itu. Salah seorang cucunya yang dikenali sebagai Kelsey Harmon datang untuk menemani datuknya dalam majlis malam ringkas itu. Harmon memuat naik foto datuknya yang dipanggil sebagai Papaw itu ke akaun Twitternya, sekaligus membangkitkan rasa simpati dan marah netizen. Pada gambar yang dimuatnaik itu, Harmon seolah-olah cuba menyampaikan kekecewaan datuknya menerusi kapsyen berbunyi "Datuk memasak 12 burger untuk makan malam bersama enam cucunya, tapi hanya saya seorang yang datang. Sayang sayang datuk". Netizen mula memberi reaksi mempertikaikan tindakan lima cucu Papaw yang tidak hadir ke makan malam berkenaan. Harmon turut menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk mencari publisiti, sebaliknya hanya mahu menunjukkan penghargaan dan rasa sayang kepada datuknya. Bertuahnya jika masih mempunyai atuk dan nenek. Orang tua memang dahagakan kasih sayang dan gurau senda. Luangkan masa dan hargailah mereka ketika mereka masih ada di dunia. Ciptalah sebanyak mungkin kenangan manis bersama-sama, anda pasti akan dapat "sesuatu" yang orang lain tak merasainya. - CARI Infonet
|
5
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rosasa replied at 25-4-2016 09:08 AM
masa akak tua anak dah besar2 dah ada life sendiri , akak selalu terfikir ni..sorang2 di rumah..maka ...
mie07 replied at 27-4-2016 08:56 AM
Betul tu mcm mie skrg ni.. dari 5 anak tinggal 2 jer dirumah..mgkn srg lg keluar tahun depan kalu ...
rosasa replied at 27-4-2016 08:59 AM
bertabah la...baru boarding..belum kawin krik krik la rumah
semoga spouse kita sehidup sema ...
ADVERTISEMENT