CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kisah 2 Ekor Anjing Yang Menjaga Pendaki Wajar Jadi Renungan

25-3-2016 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2951| Komen: 0|Original author: chacon

Description: Bagi umat Islam, anjing dan babi merupakan binatang yang haram dimakan atau disentuh...

Oleh : Dean BZ


Bagi umat Islam, anjing dan babi merupakan binatang yang haram dimakan atau disentuh kerana merupakan najis mughallazah (najis yang berat). Bagaimanapun, kedua binatang ini boleh dimakan jika dalam keadaan darurat (terpaksa) contohnya tersesat ditempat yang langsung tiada makanan hingga boleh memudaratkan diri jika tidak makan. 

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah: 173)


Di Malaysia, sesetengah dari masyarakat Islam tidak faham konsep haram hingga ada yang sanggup berlaku kejam dengan anjing. Mereka sanggup menghalau dan memukul anjing hanya kerana binatang itu haram disentuh. Persepsi seperti ini jelas salah dan perlu kita tahu, anjing dan babi juga makhluk ciptaanNya.

Tertarik dengan kisah dua ekor anjing yang menolong pendaki ini. Jom baca dulu.



Ramai yang bertanyakan tentang 2 ekor anjing yang mengikuti kami panjat Gunung Nuang dari awal sampai akhir. Saya menamakan mereka Johnny dan Tonny. Pada mulanya kami agak takut mereka menggigit kami atau menjilat kaki kami. Sebab nanti kena samak bagai. Tapi anjing tersebut hanya mengekori kami. Walaupun kami pecah 2 group. Johnny akan berada di depan dan Tonny di belakang.

Sepanjang perjalanan mereka menjaga kami. Bila ungka atau monyet menjerit2 di dalam hutan. Johnny akan menjerit dan ungka2 terus terdiam. Kadang2 Tonny akan menyalak tetiba ke arah benda yan tak dinampak (makhluk halus). Lebih2 lagi selepas melalui jalan yang tetiba ada haruman yang sangat wangi. Dan bila kami hampir digigit anjing hutan liar. Tonny meyalak dan anjing2 hutan tak berani mendekati kami.

Kami memang tak pernah sentuh Johnny dan Tonny. Cuma kami memberi mereka makan sebagai tanda terima kasih kerana menjaga kami. Mungkin mereka penjaga di situ.

Alhamdulillah Allah turunkan kedua anjing ini untuk kami. Kalau tidak tak tahulah apa jadi pada kami.


Jelas, tiada sebab untuk membenci atau menzalimi anjing mahupun babi. Boleh menyentuh kedua binatang ini jika dalam keadaan terpaksa, kemudian haruslah samak tempat yang terkena najis Muqallazah itu sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah), dan 6 kali lagi dengan air mutlak. - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.









6

Bagus
12

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.103608 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top