Oleh Adib Za Kemaskini 5.20 petang Dua orang pengebom yang meletopkan diri di lapangan terbang Brussels telah dinamakan oleh media Belgium sebagai adik beradik.
Mereka dikenali sebagai Khalid dan Brahim el-Bakraoui. Keduanya itu dikenali pihak polis atas kes jenayah sebelum ini. Manakala, seorang lagi pengganas yang berjaya melarikan diri dikenali sebagai Najim Laachraoui. Lelaki 25 tahun itu diburu besar-besaran oleh pihak berkuasa Belgium sejak semalam. - CARI Infonet Baca selanjutnya: BH Online Kemaskini 9.00 pagi
Dua serangan pengganas berturut-turut telah berlaku di Belgium semalam telah mengorbankan berpuluh-puluh mangsa. Letupan pertama yang berlaku di balai berlepas Lapangan Terbang Brussels mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang. Manakala letupan kedua melanda stesen keretapi laju metro di ibu negara itu mengorbankan 20 mangsa. Manakala, lebih 200 orang yang lain cedera teruk. Dalam pada itu, laporan terkini menyatakan pihak polis sedang melancarkan operasi memburu secara besar-besaran terhadap seorang suspek IS yang melarikan diri dari lapangan terbang Brussels selepas berlaku letupan itu. Terdapat 3 orang suspek yang dikenalpasti, namun kedua daripadanya telah meletupkan diri, sementara suspek ketiga telah melarikan diri keluar dari kawasan terminal. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Mstar Online (Sumber foto: Mstar Online) |
9
Bagus |
20
Marah |
28
Terkejut |
22
Sedih |
5
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nirman replied at 22-3-2016 03:39 PM
https://twitter.com/hashtag/Brussels?src=hash&ref_src=twsrc%5Etfw
ADVERTISEMENT