CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fara Fauzana Insuranskan Suara

15-7-2013 09:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24878| Komen: 122


PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM Fara Fauzana mendedahkan dia telah menginsuranskan suaranya sebagai langkah berjaga-jaga jika ia gagal berfungsi atas penyakit-penyakit tertentu.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, walaupun ia kedengaran pelik, tetapi dia menyifatkan suaranya begitu penting dan sebagai penyumbang untama memberikan rezeki kehidupan buat diri sendiri dan keluarga.

"Saya mengambil insurans kesihatan yang turut disertakan dengan perlindungan suara sekali. Malu nak bercakap tentang hal ini, maklumlah saya bukannya penyanyi. Datuk Siti Nurhaliza pun tak insuranskan suara dia agaknya.

"Tetapi bagi saya ia penting kerana kerja harian saya menggunakan suara bukan sahaja di konti radio tetapi juga di luar di mana saya mengacarakan pelbagai acara majlis.

"Hati saya mula terdetik untuk menginsuranskan suara selepas pernah pada satu kejadian, saya tidak sakit, tetapi suara hilang dan ia buatkan saya risau," katanya.



Fara ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd bagi meraikan 15 orang warga emas dari Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Restoran Kokopelli Travellers Bistro, di sini, pada Ahad.

Tambah Fara, dia juga pernah terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya satu hari nanti dia tidak mempunyai suara lagi. Namun, selain membuat perlindungan insurans suara, dia juga sudah merancang akan memberi fokus kepada kerjaya di belakang tabir penyiaran radio pula.

Sementara itu, mengenai majlis berbuka puasa anjuran Yakult, para tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang menyelerakan yang telah disediakan khas oleh pihak Kokopelli Travellers Bistro yang menaja sebahagian daripada hidangan pada malam tersebut.

Majlis yang turut dihadiri oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada, Pengurus Perhubungan Awam dan Sains syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, Mazlyn Mena Mustapha dan Pengarah Urusan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Muji Sulaiman telah berlangsung dalam suasana meriah.

Beritahu Fara, buat masa ini dia akan menyertai lima jenis kempen daripada pihak Yakult dan akan menjadi duta kepada produk tersebut pada tahun hadapan.



"Sebenarnya, sebelum menyertai kempen Yakult, saya sudah mula teruja dengan minuman ini yang begitu banyak khasiatnya dan pernah ke kilangnya di Jepun, untuk penggambaran program Nona (TV3).

"Apabila mendapat informasi tentang kebaikannya, dan mengamalkan meminum susu kultur tersebut, saya mula yakin dengan produk ini.

"Kebetulan pula pihak Yakult mahu saya menyertai beberapa kempen sebelum menjadi duta produk ini pada tahun hadapan," katanya.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 14-7-2013 11:47 PM
tua dah dia   
Quote MissLibra 14-7-2013 11:49 PM
bagus juga tu. Tindakan yg sangat profesional.
Quote fadzyjemi 14-7-2013 11:50 PM
baper juta agaknyer dia insurankan suara dia tu eh
Quote timahterung 15-7-2013 12:10 AM
dulu jeniifer lopez pon penah insurankan punggung dia
Quote adelea 15-7-2013 12:24 AM
timahterung posted on 15-7-2013 12:10 AM
dulu jeniifer lopez pon penah insurankan punggung dia

Yang ni aku mmg tau ... jlo insuranskan bontot dia.. berjuta la jugak ...
Quote PITTSBURGH 15-7-2013 12:50 AM
ye lah sore ko sdppp khennn..mcm angsa
Quote kakikuDibibirmu 15-7-2013 12:55 AM
supermodel insuran kan kuku
Quote muktafi 15-7-2013 12:59 AM
RAMBUT tak nak insuran kan skali ker... mana la tau kene panah petir...dugaan Allah ni x kira masa.
Quote maxim 15-7-2013 01:02 AM
aku rasa better dia insurankan skali peha dia
Quote kaseh80 15-7-2013 01:06 AM
suara mcm. tu nak insuranskan pleasssssse lah
tak berbaloi langsong
Quote hakuu 15-7-2013 01:08 AM
bosan dgr suara dia dlm nona. bajet sgt nak tunjuk kelembutan diri
Quote kakikuDibibirmu 15-7-2013 01:13 AM
tak pernah lagi orang tak pakai tudung kena petir kak
Quote RatuDunia94 15-7-2013 01:14 AM
off topic :

antara retis yg insurans kan anggota badan :

Bette Davis - Pinggang ($257,000)



Celine Dion - Suara ($1 Million)



Rihanna - Kaki ($1 Million)



Heidi Klum - Kaki ($2.2 Million)



Dolly Parton - Ketet ($3.8 Million)



America Fererra - Senyuman ($10 Million)



David Beckham - Kaki ($70 Million)



JLo - Punggong ($300 Million)



Mariah Carey - Kaki ($1 Billion)


Last edited by RatuDunia94 on 16-7-2013 01:26 AM

Quote dauswq 15-7-2013 01:30 AM
RatuDunia94 posted on 15-7-2013 01:14 AM
off topic :

antara retis yg insurans kan anggota badan :

tak de org nak insuranskan berat badan kah?

naik sket jek dah boleh klem...mampoo???

Quote RatuDunia94 15-7-2013 01:56 AM
dauswq posted on 15-7-2013 01:30 AM
tak de org nak insuranskan berat badan kah?

naik sket jek dah boleh klem...mampoo???

lol... insurans kan ada syarat2 nye.. berat badan kan sentiasa berubah2... kalau ada mmg best r...

Quote munchkin 15-7-2013 02:26 AM
first artist malaysia buat cam ni ke?
Quote cekenit 15-7-2013 02:39 AM
Fafau termakan pujuk rayu penjual insuran..ntah pape..
Quote perembes 15-7-2013 07:22 AM
insurankan kaki mmg bagus..
kaki lebih penting dr sora kalo nak bandingkan
tapi kaki mariah sangat slim la
Quote mojako 15-7-2013 07:29 AM
lantak die lerrr..die yang bayor bulan2, susah pe korang dok kutuk2....

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047374 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top