CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

AC Mizal Rindu Dua Anak Dengan Bekas Isteri

15-7-2013 09:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 132135| Komen: 690

PETALING JAYA: Pengacara popular Datuk AC Mizal meluahkan rasa sedih kerana tidak pernah diberi peluang untuk membelai dan memberikan kasih sayang terhadap dua orang anaknya, hasil perkahwinan dengan bekas isteri Shafnie Zainudin.

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya iaitu Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, pada tiga tahun lalu dan terpaksa akur berkemungkinan besar kedua-dua anaknya itu enggan bertemu dengannya.

"Kali terakhir kami bertemu ketika di mahkamah iaitu kes tuntutan nafkah daripada pihak Shafnie.



"Saya tahu, dengan apa yang telah berlaku (perbalahan isu tuntutan nafkah), saya percaya banyak kesan yang berlaku terhadap dua orang anak saya itu.

"Dan jujurnya, saya sangat merindui mereka berdua. Saya sedih dan kecewa, tetapi nak buat macam mana," katanya.

Tambah AC, dia seorang yang tidak suka memikirkan masalah dan sentiasa pandang ke hadapan, jadi sementara sibuk dengan kerja-kerja perniagaan dia tetap akan tunggu dan lihat menantikan anak-anaknya dengan penuh kesabaran.

Dalam pada itu, AC yakin, satu hari nanti dua anak lelakinya itu akan kembali semula kepangkuan dan berharap perkara itu benar-benar akan menjadi kenyataan.

AC dan Shafnie pernah berkahwin dan bercerai pada 17 Oktober 2001. Bagaimanapun sekitar tahun 2008, AC berdepan dengan masalah tuntutan nafkah oleh bekas isterinya itu dan sehingga kini kes masih lagi belum selesai.

Bagaimanapun AC kini sudah berkahwin dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 14-7-2013 11:54 PM
kalau btul rindu dan masih sayang pada anak2 tu..
permudahkanlah segala tuntutan ex wife kau tu..
ni manjang aje ada dalihnya...

Quote oggy 14-7-2013 11:59 PM
jerukkedondong posted on 14-7-2013 11:54 PM
kalau btul rindu dan masih sayang pada anak2 tu..
permudahkanlah segala tuntutan ex wife kau tu..
...

so true!

budak2 pun dah besar,
diorang dah pandai menilai...
kalau takat pungpang rindu kat media je buat apa..
sila la buat tindakan selari dengan statement tu..
ini nak tunggu dan lihat..
macam kan budak2 tu la pulak yang kena beralah dengan dia..


Quote rayna_raynes 14-7-2013 11:59 PM
aik baru nak rindu?
Quote fadzyjemi 15-7-2013 12:03 AM
anak dah bujang baru nak cari ke??

ptuuihhhhh
Quote timahterung 15-7-2013 12:08 AM
ade udang sebalik batu kut, ntah-tah  bisnes dia ade nak pakai ofis boy ke, despatch ke, tukang bancuh air ke, dari dia keluar duit upah orang lain baik angkut anak sendiri, lagi free.
Quote jerukkedondong 15-7-2013 12:15 AM
species cam ac gelang ni la jd salah satu punca ank2 dump bapak kat tepi jalan/rumah org tua2..
Quote mrsLucky 15-7-2013 12:29 AM
Wait i nak gi muntah kejap...
Quote mrsLucky 15-7-2013 12:32 AM
Wait...bukanker dia cakap waktu dia mengacara AF dia ada dua anak jer....that is anak dia dengan isteri terkini...
Quote blythes 15-7-2013 12:32 AM
nyampah la statement camni. do, then talk.
Quote Peya 15-7-2013 12:33 AM
Kalu rindu nape x jenguk anak kat skolah ker, rumah ker sbb syafniekan dah kata dia masih duduk kat tempat lama lg. Bukan dia sorokkan anak2 dia. AC bole g melawat jika nak..
Quote ss8384 15-7-2013 12:33 AM
Okeyy lh bg statement rindu kt anak...pasni aeidil plk huhuhu
Quote mrsrezza 15-7-2013 12:39 AM
oitt anak da besor baru ko nak rindu?
time xbini ko tuntut nafkah macam2 alasan ko bagi..
sampai ank ko bertunggu tangga kat mahkamah..
ade ko amik peluang nk jumpa dorang...
choii jer!!!...

jgn 10 thn lagi az lak wat statement cam ackiok ni
Quote Donatello86 15-7-2013 12:44 AM
Bang ac selama ni jrg sekali mention nama anak dgn bekas isteri lama....sampai hati...
Quote PITTSBURGH 15-7-2013 12:51 AM
tak nak tau pun..bukan anak aku punn..
Quote jarikuku 15-7-2013 12:52 AM
baru skrg ke nak rindu AC oiiii...
selama ni ko kemana???
Quote hakuu 15-7-2013 12:58 AM
ada la tu dia mimpi yg bukan2 sampai tetibe tekenang anak2 dgn ex wife.
bdk2 dah besar pandai dah beza baik buruk peel apak sndiri
bertabahlah ac oi
Quote AcikLijah 15-7-2013 01:03 AM
Busuk nye statement rindu itewww....
Quote comel_manja 15-7-2013 01:05 AM
Ac rindu anak ngan bekas isteri? Eh! Aku kat thread lawak ke ni?
Quote RatuDunia94 15-7-2013 01:29 AM
wow... cepat je dh besar anak2 dia... last time iols tengok kat majalah URTV tahun 2001 kot.. gambar pic dia sefamily dgn anak2 & ex wife dia dulu.. masa tu anak2 dia baru umur around 2 & 5 tahun x silap!
anyone ada pic anak2 dia yg latest?

Lihat semua komen(690)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063572 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top