Oleh Izzah Abbasy
Pesawat Flydubai terhempas melibatan kesemua 61 orang dalam pesawat penerbangan dari Dubai terbunuh apabila terhempas dan terbakar ketika sedang mendarat di Rostov-on-Don, selatan Rusia, pagi Sabtu, kata seorang pegawai tempatan. "Sebuah pesawat Boeing 737 terhempas ketika sedang melakukan pendaratan. Terdapat 61 orang di atas kapal. Mereka semua terkorban," kata jurucakap kementerian tempatan, yang dipetik oleh agensi berita rasmi TASS. Terdapat 55 penumpang dan enam anak kapal di dalam pesawat itu. Kemalangan itu berlaku pada pukul 12.50 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan rasmi Kementerian Kecemasan.
Pesawat Flydubai berkata pihaknya sedar tentang 'insiden' yang melibatkan pesawatnya, tetapi tidak memberi apa-apa maklumat lanjut. - CARI Infonet |
Jagendas replied at 19-3-2016 10:18 AM
esok2 ade la meleis bagi fakta fakta nombor
ADVERTISEMENT