CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rayani Air Buat Hal Lagi, "Flight Delay Dua Hari"

19-3-2016 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 16166| Komen: 183

Description: 'Kecewa dengan kejadian berkenaan di mana dia bersama 11 keluarga dan rakan-rakan terkandas"
Oleh Izzah Abbasy

Beberapa Penerbangan Rayani telah dibatalkan dan tergendala telah menyebabkan penumpang yang sudah membeli tiket mula berang dan menyerbu kaunter syarikat penerbangan berkenaan pagi ini di KLIA 2.

Menurut seorang penumpang, Zulhafiq Halim, beliau yang sepatutnya berlepas ke Kota Kinabalu pagi ini menyatakan rasa kecewa dengan kejadian berkenaan di mana dia bersama 11 keluarga dan rakan-rakan terkandas.


"Flight dah delay dua hari, ada yang petang ini dijadualkan akan mengakad nikah, ada yang perlu menghadiri mesyuarat penting, ada yang mempunyai urusan keluarga."

"Apabila ditanya kepada pihak pengurusan mereka tidak mampu menjawab apa-apa, mereka langsung tidak menampakkan diri, kesian front desk officer sebab kena maki hamun dengan penumpang," katanya. - CARI Infonet 
13

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
19

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 18-3-2016 04:35 PM
dah nama pun royani..

meroyan la...kikiki
Quote nh83 18-3-2016 04:37 PM
mungkin kene tukar nama kot..
Quote alya_daniela 18-3-2016 04:37 PM
kapal rosak kot
Quote cabalero 18-3-2016 04:38 PM
Edited by cabalero at 18-3-2016 04:40 PM


Tiada makna dan nilai imej islamik itu andai gagal menepati janji, sesungguhnya menepati janji itu adalah sifat yang terpuji

Jangan sesekali dagangkan agama utk laba

ISLAM adalah satu-satunya cara hidup menepati kehendak fitrah manusia. Segala hukum aturan hidup Muslim ditetapkan berdasarkan tuntutan lahiriah dan rohaniah. Allah mengetahui segala keperluan setiap hamba-Nya dan menetapkan apa diperlukan.

Salah satu aturan hidup Islam ialah menepati janji. Firman Allah bermaksud: �Wahai mereka yang beriman! Sempurnakan janji-janjimu.� (Surah al-Maidah, ayat 1)

Menepati janji adalah sifat terpuji yang diamalkan oleh rasul dan nabi. Firman Allah bermaksud: �Sesungguhnya dia (Nabi Ismail) adalah benar menepati janji, dan adalah dia seorang rasul lagi berpangkat nabi.� (Surah Maryam, ayat 54)
Islam mementingkan menepati janji kerana ia adalah keperluan membentuk hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Setiap masa manusia perlu menunaikan janji dan kesetiaan yang diucapkan.

Perkara utama ialah menepati janji dengan Allah. Setiap Muslim mengikat janji mengabdikan diri kepada Allah. Ia bertepatan dengan tujuan Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi.

Firman Allah bermaksud: �Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri dan beribadat kepada-Ku.� (Surah adz-Dzariyat, ayat 56)

Dalam ucapan kalimah syahadat, setiap Muslim mengakui kekuasaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Pengakuan itu adalah janji untuk mematuhi segala syariat ditetapkan Allah dan mengikuti contoh amalan ditunjukkan oleh Rasulullah.

Hubungan janji sesama manusia adalah sendi kehidupan bermasyarakat. Setiap hari kita tidak terlepas daripada mengungkapkan perkataan bermaksud janji.

Janji bermaksud kesediaan dan persetujuan untuk melakukan, tidak melakukan, memberi, mendapatkan dan menjadikan sesuatu, benda atau keadaan. Kesediaan itu biasanya berkaitan tempoh masa akan datang atau selepas itu.

Orang berjanji sebagai pihak pertama dan orang mengharapkan janji ditunaikan (dijanjikan) sebagai pihak kedua. Jika ada pihak menyaksikan perjanjian, dianggap pihak ketiga.

Pentingnya menunaikan janji sebagai akhlak orang mukmin. Sebaliknya, sifat tidak menepati janji menjadikan seseorang munafik.

Sabda Rasulullah bermaksud: �Tiga perkara sesiapa yang berada dalam dirinya, maka dia munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya Muslim. Apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri janjinya dan apabila dipercayai dia khianat.� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sifat munafik itu kekal dalam diri mereka yang tidak menunaikan janji, melainkan selepas dia benar-benar bertaubat dan bersungguh-sungguh tidak mahu mengulangi perbuatan itu.

Amat rugi sesiapa tergolong sebagai munafik. Balasan paling berat ditetapkan kepada golongan munafik. Justeru, berusahalah mengelak diri daripada melakukan dusta berkaitan janji.

Janji wajib ditunaikan hanya bagi maksud kebaikan. Janji melakukan keburukan haram diucapkan dan haram ditunaikan. Sesiapa berjanji melakukan perbuatan haram perlu mengubah niat dan segera bertaubat.

Sikap memegang janji perlu diutamakan bagi menjaga hubungan baik dengan pihak dijanjikan. Sesungguhnya apabila membuat janji, bermakna terbentuk satu tanggungjawab melaksanakannya. Tanggungjawab samalah dengan amanah, yakni perlu dilaksanakan sedaya mungkin.

Sesiapa ingin menerima akuan janji (sebagai pihak kedua) perlu menyelidiki sama ada orang berjanji itu digolongkan beramanah atau sebaliknya. Tidak ada gunanya menerima janji dengan mereka yang dikenali tidak beramanah. Tentu janji itu tidak akan ditunaikan.

Firman Allah bermaksud: �Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).� (Surah an-Nisa, ayat 58)

Dalam ayat lain pula dikaitkan di antara amanah dengan janji. Firman-Nya bermaksud: �Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.� (Surah al-Mukminun, ayat 8)

Ikatan janji membentuk satu amalan saling menghormati di antara kedua-dua pihak mengikat janji. Pihak pertama yang mengucapkan janji mempunyai perasaan menghormati pihak kedua yang secara jujur menerima janji itu.

Ada pihak bersumpah atas nama Allah semata-mata agar janjinya diterima. Ia dianggap lebih meyakinkan pihak kedua. Malangnya, sumpah dibuat main-main dan dianggap sekadar seperti perkataan biasa.

Sesiapa bersumpah dengan nama Allah menanggung tanggungjawab paling berat yang perlu dilaksanakan. Selagi sumpah itu tidak dilaksanakan, maka ia tidak dapat ditarik kembali.







Quote hambaallah1709 18-3-2016 04:39 PM
risau nye...
dah beli tiket rayani air utk balik kg raya nanti...
jangan la last minit cancel, masetu semua tiket public transport abih dh....oh my
Quote axl_bach 18-3-2016 04:40 PM
Angkat. Nikah??....... hmmmmmm
Quote axl_bach 18-3-2016 04:40 PM
Interesting....
Quote AbukRokok 18-3-2016 04:40 PM
hambaallah1709 replied at 18-3-2016 04:39 PM
risau nye...
dah beli tiket rayani air utk balik kg raya nanti...
jangan la last minit cancel, m ...

mereput la ko dek sampi kg halaman di petang yg sendu selepas aidilfitr
Quote zuliana29 18-3-2016 04:42 PM
awat teruk sgt operation dia ek.. kesian gak ngan staff front desk... hrm...
Quote brownstone 18-3-2016 04:42 PM
mengapa Allah x bantu Royani meski dah tutup awrah dan x hidang arak? hahahahahahahh
Quote Teru2Bozu 18-3-2016 04:44 PM
masa aku kat langkawi, ada satu family ni flight balik KL petang. suddenly air royani ni call jadual penerbangan tukar ke 12pm. kesian dorang tergesa2 nk balik hotel kemas beg semua. so, kalau dah banyak kali buat hal, mmg konferm aku tak naik royani ni. syariah compliance la sangat.
Quote cabalero 18-3-2016 04:45 PM
ternyata penumpang2 rayani air pun gagal mengawal amarah mereka lantas menyumpah seranah mengenai kegagalan airlines patuh syariah mereka untuk mematuhi janji




Quote ramaramu 18-3-2016 04:47 PM
ckp sharia compliance tp x tepati janji and bad customer service... mcm kaki penipu yg run this company.. nak tgk brp lama rayani can survive in the industry!
Quote famri7 18-3-2016 04:47 PM
Katanya bercirikan islemic..nah kau siiiiis..memang islemic mcm nih ke ?
Quote axl_bach 18-3-2016 04:47 PM
brownstone replied at 18-3-2016 04:42 PM
mengapa Allah x bantu Royani meski dah tutup awrah dan x hidang arak? hahahahahahahh

Bila xder keikhlasan,  topeng agama diguna utk kaut keuntungan...... mana nk dtg barokah
Quote dodolgemok 18-3-2016 04:47 PM
hambaallah1709 replied at 18-3-2016 04:39 PM
risau nye...
dah beli tiket rayani air utk balik kg raya nanti...
jangan la last minit cancel, m ...

Dodol advise sis utk refund dan beli tiket lain. Mahukah sis raya di airport smbil bergenang air mani dek tak dpt menikmati ketupat rendang, sila nikmati kawan enak memakan pgi ke petang~~
Quote cabalero 18-3-2016 04:49 PM
patuh syariah tapi tak patuh pada janji

kalau dah sampai 2 hari delay maka tak mustahil la pak aji dan hajjah yang beria nak naik flight syariah compliance pun boleh hilang sabar sampai memaki hamun
Quote zorrro_03 18-3-2016 04:49 PM
mak_wa95 replied at 18-3-2016 04:35 PM
dah nama pun royani..

meroyan la...kikiki

Nnt saya print screen post awak ni then forward ke admin royani air, tengok siapa merangkak minta mahappp...
Quote Nokiaman 18-3-2016 04:55 PM
brownstone replied at 18-3-2016 04:42 PM
mengapa Allah x bantu Royani meski dah tutup awrah dan x hidang arak? hahahahahahahh

Soklan cepumas nie..
Kenapa?,..kenpa?..Y..Y?..
Knp kalau ikut syariat Islam sepenuhnya banyak sangat masaalah?
Allah x nak tolong ker ..hambaNya tu?

Lihat semua komen(183)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.198958 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top