Oleh : Dean BZ
Berhijab atau bertudung adalah wajib ke atas wanita muslim yang sudah akhil baligh. Perkembangan terbaru menunjukkan semakin ramai wanita mula berhijab dengan bermacam-macam fesyen. Tidak salah berfesyen kerana Islam tidak melarang umatnya berfesyen asalkan menutup aurat dengan betul dan tidak keterlaluan. Kini, pelbagai jenis tudung boleh didapati dipasaran sehingga ada yang mencecah hingga ribuan Ringgit.
Kegilaan terhadap fesyen tudung jelas dapat dilihat bila ada yang sanggup berhabis duit hingga ribuan Ringgit semata-mata ingin mendapatkan tudung "limited edition" untuk dijadikan koleksi. Gambar sekadar hiasan. Lebih "hardcore" lagi hingga ada yang sanggup beratur dari malam hingga ke pagi semata-mata untuk mendapatkan tudung "limited edition". Jadi, tudung mana satu yang menjadi pilihan anda wahai wanita? Pakailah tudung jenis apa pun, asalkan menutup aurat dengan betul dan tidak terlalu membazir. Senang cerita, ukur baju dibadan sendiri. - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
cherylrihanna replied at 18-3-2016 12:20 PM
First time dgr ada brand duckscarf. Paling mahal pulak tu. Tudung retis jgk ke?
Siput_Sawah replied at 18-3-2016 04:51 PM
Bertudung bila acik acik dah malas nak kira grey hair kat kepala....sbb tu kita blh tgk bertudung tp ...
Esmiria replied at 18-3-2016 12:15 PM
aku tetap dgn pndirian aku.Tudung labuh tetap pilihan aku
mohabbatein replied at 18-3-2016 11:54 AM
sorry off topic..just nak tanya ni rudung apa?
ADVERTISEMENT