Oleh : TS LOO Seorang budak berumur 4 tahun digilis oleh sebuah van, orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut rata-rata beranggapan budak terbabit sekurang-kurangnya mesti mengalami kecederaan yang parah, namun berlakunya keajaiban di mana budak itu kelihatan bangun dengan sendiri.
Paparan visual menunjukkan dua orang budak sedang bermain kerja-mengejar, sebuah van bergerak ke arah salah seorang budak dari belakang dan melanggarnya jatuh serta menggilis badan budak dari buntut sehingga ke kepala. Van berkenaan bukan sahaja tidak perlahankan atau menghentikan vannya, sebaliknya terus memandu meninggalkan tempat itu.
Yang paling menghairankan, budak itu selepas saja digilis oleh van, dia terus bangun. Setelah jalan beberapa langkah sambil mencangkung dan beberapa saat kemudian berdiri semula, menerusi gaya berjalannya jelas kelihatan kakinya hanya mengalami kecederaan yang ringan. Menurut laporan media di China, tempat kejadian adalah di Jambatan Rainbow Lorong JiangPu, kawasan Pukou, Nanjing, waktu kejadiannya adalah pada kira-kira 5 petang Rabu lalu. Saksi keseluruhan kejadian merupakan kakak kepada budak berkenaan. Ketika itu, setelah menyaksikan adiknya digilis oleh kereta van, kakak dengan segera melarikan ke kedai yang berhampiran untuk beritahu ibu bapa kejadian yang berlaku ke atas adiknya. Justeru ibu bapa pun mengejar van tersebut, mujurnya tidak jauh dari kawasan itu terdapat lampu isyarat yang kebetulan pemandu van itu sedang berhenti akibat lampu merah, kemudian ibu bapa terbabit menghalang van itu dan membuat laporan polis. Pada awalnya, ibu bapa budak itu ingat anaknya hanya mengalami kecederaan yang ringan sahaja, setelah menonton semula rakaman video CCTV, baru terkejut yang mana anaknya dilanggar dan digilis oleh van itu. Siasatan lanjutnya masih sedang dijalankan. Menurut apa yang dikatakan oleh pemandu van terbabit ketika itu dia tidak nampak langsung budak itu, dia ingat vannya bergerak dalam keadaan terumbang-umbing hanya kerana melalui atas penutup longkang. Kenapa Budak Itu Dapat Bangun Dengan Sendiri Biarpun Dilanggar Menurut laporan, doktor yang merawat budak itu berkata, budak tersebut kelihatan dalam keadaan sedar diri, tiada berlaku patah tulang dan berdarah pada tengkorak kepala, cuma hanya tercalar pada kulit kepala, terdapat 8cm dan 2cm luka pada bahagian belakang kepala dan doktor telah bersihkan serta siap menjahitnya. Penolong pengarah Unit Rawatan Kecemasan Kanak-kanak di Nanjing Hospital, Doktor Li Zhou setealh melihat visual kejadian, berpendapat berkemungkinan besar budak tersebut berpakaian agak banyak, dan bahagian yang digilis juga merupakan bahagian yang padat dan berisi, seperti bahagian punggung, belakang badan dan bahagian kanan bahu. Jika digilis pada bahagian muka, maka akibatnya pasti teruk. Selain itu, salah satu sebab juga kerana tiada barangan dalam van, berat keseluruhan van ketika itu hanya 1 tan sahaja. - CARI Infonet |
15
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
4
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idril replied at 17-3-2016 09:19 PM
Mmg miracle..... di cina mcm2 perkara boleh jadi
ADVERTISEMENT