CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fouziah Gous tetap jaga batasan dengan tunang

12-7-2013 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25590| Komen: 139


Fouziah Gous

SEJAK mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu, pasangan bahagia ini sering dilihat menghabiskan masa bersama.

Dalam melayari perjalanan menuju hari bahagia, pelakon cantik, Fouziah Gous, tidak ketinggalan untuk membawa kenangan baru dalam hidupnya sebagai tunangan orang.

Malah, momen indah menyambut kedatangan Ramadan turut dikongsi bersama tunangnya, Zhafran Yusof atau lebih mesra disapa Zhaf.

Lembaran puasa yang bermula Rabu lalu disambut dengan penuh erti apabila pasangan ini memilih untuk menunaikan Tarawih bersama.

Menerusi laman sosial Twitter milik pasangan ini, masing-masing melahirkan rasa syukur kerana dapat menyambut Ramadan bersama.

Menurut Fouziah atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous, 31, selain menunaikan Tarawih bersama, Zhaf juga turut mengajarnya mengaji al-Quran.

"Syukur Alhamdulillah, tahun ini, saya dapat tunaikan Tarawih pertama bersama tunang dan keluarganya. Saya turut bersyukur kerana Zhaf diberi kelebihan mengajar saya mengaji al-Quran.

"Selain kami, keluarga juga turut menyertai solat Tarawih itu. Ini adalah persediaan kami untuk ke fasa yang seterusnya.

"Pun begitu, kami perlu menitikberatkan pelbagai perkara agar tidak melanggar batas-batas agama kerana ikatan ini tidak semestinya kami bebas melakukan aktiviti bersama kerana kami bukan mahram. Ianya masih tidak sama seperti pasangan yang berkahwin," kata bekas pramugari penerbangan Malaysia (MAS) ini.

Tarawih pertama itu juga, Fouziah turut menerima pemberian telekung daripada bakal mertuanya, Normah Ali dan sejambak bunga daisi daripada Zhaf.

Ziarah kubur bapa

Dalam pada itu, Fouziah juga turut berkongsi rasa pilunya di saat menyambut kedatangan Ramadan tanpa bapa di sisi.

Walaupun bapanya, Mohd Gous Ghulam, 77, sudah meninggalkan mereka sekeluarga genap setahun (semalam), namun rasa rindu Fouziah terhadap bapanya masih menebal.

"Saya sentiasa merindui arwah dan tidak pernah melupakannya. Setiap kali solat, saya akan sedekahkan bacaan Yasin dan doa agar arwah aman di sana.

"Ini adalah Ramadan kedua tanpanya. Tahun lalu, kami sempat menunaikan ibadah puasa bersama dan arwah sangat ceria. Kami juga sempat merakam video bersama.

"Walaupun kehilangannya sangat dirasai kami sekeluarga, namun saya bersyukur kerana arwah pergi pada bulan mulia. Sebagai anak, saya bertanggungjawab untuk mendoakannya," katanya yang turut menziarahi kubur bapanya, semalam.

Arwah bapa Fouziah meninggal dunia pada 11 Ogos tahun lalu kerana mengidap beberapa penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Belum tetap tarikh

Walaupun sebelum ini baik Zhaf mahupun Fouziah masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun keintiman mereka menjadikan masyarakat tidak sabar untuk melihat pasangan ini disatukan.

Namun, menurut Fouziah, sehingga kini mereka masih belum memilih tarikh sesuai berikutan beberapa perkara perlu diuruskan.

Selain daripada kesibukan jadual kerjaya seni dan perniagaan sarang burung yang diusahakan berdua, mereka juga perlu mencari tarikh yang sesuai agar kesemua keluarga dapat berkumpul di hari mulia itu.

"Insya-ALLAH, kalau tiada halangan, tahun ini juga kami akan berkahwin. Lagi cepat, lagi bagus. Kalau boleh, kami memang nak kahwin pada September.

"Namun, saya kena tunggu abang saya yang kini sibuk menguruskan perniagaan produk kamera litar tertutup (CCTV). Dia terpaksa berulang-alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

"Zhaf pun kena tunggu musim cuti adiknya yang kini melanjutkan pengajian di luar negara. Sebab itulah kami masih menunggu waktu sesuai," katanya yang kini dalam persiapan terakhir untuk memasarkan produk sarang burung, My Walet.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 12-7-2013 10:19 AM
elok aritu ko trs nikah jer..
Quote ais_kosong 12-7-2013 10:27 AM
dah macam lagak husband and wife dah
Quote ogata 12-7-2013 10:42 AM
GHULAM??GHULAM MEE?
Quote azie.dz 12-7-2013 10:42 AM
tunang je kot..reserved la dulu p terawih sesama...ajak tunang baca quran sesama...sok dah nikah...buat la hari2...tak ada sapa ngata n larang..tak berdosa..tak haram

**pendapat 5sen yg tak leh beli apa2**
Quote missyqaldina 12-7-2013 10:43 AM
over dorang ni..
Quote maxim 12-7-2013 10:47 AM
sejak peristiwa dia jadik bibik sewel kat  tv1, sampai skang aku benci kepada beliau
Quote cmf_premierleag 12-7-2013 10:56 AM
FG ni lakonan dia nan hadooo...sume drama/film dia tak memberi impak pun
harap gossip ke hulu ke hilir jah
mmg attention seeker je dlm industri hiburan ni
menyemak je
Quote sapp73 12-7-2013 11:32 AM
kalau nikah terus hari tu lagi barakah buat amal ibadat sama-sama dibulan ramadan
Quote masnona 12-7-2013 11:34 AM
jgn bersalam ngn tunang lepas smyg terawih ye....
Quote amyainsamad 12-7-2013 11:45 AM
......
Quote bluecrystal 12-7-2013 11:52 AM
tapi lepas terawih dia gi pulak berbasikal ngan tunang..memangle tak manis
Quote krukx 12-7-2013 12:17 PM
dah mcm suami isteri plak gayanya. sok kalau dah btl2 sah jadi suami isteri make sure solat berjemaah bila ada kelapangan ya. jangan time tunang je beria-ia
Quote prettyuglybabe 12-7-2013 12:34 PM
dengan family sendiri ada tak buat gini??
Quote PITTSBURGH 12-7-2013 12:41 PM
ramai lak retis yang yantim piatu upenya..
Quote PITTSBURGH 12-7-2013 12:43 PM
arwah bapak dia 77 masa meniggal ke?
so thun ni kira 78 lah kan?bkn gitew..
Quote NaylaArisha 12-7-2013 12:52 PM
erm.... x minat sangat ngn dia ni
Quote jerukkedondong 12-7-2013 01:59 PM
iols mati2 ingt dia dh mnikah dgn Datuk tu..
Quote tomet05 12-7-2013 02:33 PM
APE NAK BUAT .. DAH REJEKI HEHE
Quote reenz013 12-7-2013 02:38 PM
cite cmni pun nk masuk paper ke..next

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.047257 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top