Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua objek ditemui di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bukan bahan letupan seperti tersebar di laman sosial. Beliau berkata dua objek berkenaan hanyalah bahan uji kaji dilakukan oleh pelajar yang melawat tempat itu petang semalam. "Siasatan awal polis terhadap dua botol di KLCC bukannya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yang ditinggalkan oleh penuntut sekolah." "Uji kaji lampu dalam botol ini dinamakan STARLAB oleh Petrosains kepada murid sekolah dan telah diberi kepada murid-murid sebagai cenderahati," kata Khalid dalam Twitternya.
Khalid berkata murid daripada sebuah sekolah di Bukit Beruntung, telah meninggalkan dua botol itu di KLCC, dan disyaki bom oleh individu yang menemuinya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata objek berkenaan ditemui pada 5.15pm oleh seorang tukang cuci.-CARI Infonet berita selanjutnya: bernama.com/ |
41
Bagus |
23
Marah |
27
Terkejut |
27
Sedih |
20
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
skyreds replied at 10-3-2016 05:42 AM
skali bahan ujikaji lampu daa ...
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Baka ...
ADVERTISEMENT