Enam stesen radio di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilaporkan telah mengurangkan waktu siaran sejak 1 Mac lalu untuk mengurangkan perbelanjaan. China Press melaporkan arahan yang diterima secara mengejut itu menyebabkan pegawai atasan radio kelam-kabut kerana ia turut mengakibatkan gaji sesetengah juruhebah dikurangkan. Menurut akhbar berbahasa Cina itu, potongan waktu siaran dikatakan menyebabkan gaji juruhebah tertentu sekadar tertinggal RM1,000 sahaja. Juruhebah sebuah stesen radio berbahasa Melayu memberitahu akhbar tersebut, pihak atasan stesen radio terpaksa mengatur semula jadual bertugas 20 juruhebah dan keadaan itu menyebabkan gajinya tinggal RM1,000. Menurutnya, juruhebah di dua stesen radio di bawah RTM telah mengadu secara beramai-ramai kepada ketua masing-masing kerana langkah berjimat yang dilaksanakan telah menghakis kebajikan pekerja kontrak.
Dalam pada itu, stesen berbahasa Cina iaitu Ai FM dilaporkan sudah menghentikan laporan berita dan siaran langsung selepas pukul 11 malam, tetapi sekadar menyiarkan lagu dan siaran ulangan selepas tengah malam.- CARI Infonet sumber berita : China Press
|
11
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
GincuPurple replied at 5-3-2016 01:42 AM
Kata kenaikan gaji penjawat awam akan diteruskan, tapi juruhebah sudah kena potong gaji pulak. Hmmm
mak_wa95 replied at 5-3-2016 06:35 AM
zalimnya.....
Esmiria replied at 5-3-2016 12:21 PM
makwe keje pe lak
lasagnaklcc replied at 6-3-2016 12:40 AM
Mcm lebih kurg gred 17 punya gaji...
mokcikKSKB replied at 16-6-2016 08:38 AM
Potong gaji dj radio ada hati bagi bonus raya!!!!!!
mokcikKSKB replied at 16-6-2016 08:38 AM
Potong gaji dj radio ada hati bagi bonus raya!!!!!!
ADVERTISEMENT