Oleh Adib ZA Sangat mencemaskan! Itulah situasi yang berlaku di Windhoek, Namibia apabila seekor badak hitam Afrika yang sangat besar bertindak menyerang sebuah kereta 4x4.
Kejadian itu telah dirakam oleh seorang pelancong, Alexandra yang kebetulan berada berhampiran waktu itu. "Mungkin si badak merasa terancam waktu itu, tanpa semena-mena ia lantas menyerang. Jujur saya cukup takut ketika melihatnya, kerana kejadian yang sama mungkin akan berlaku bila-bila masa sahaja terhadap kenderaan kami," katanya. Badak hitam itu dilihat cuba menanduk kereta itu beberapa kali. Namun, nasib penumpang semua baik dan mereka dalam keadaan selamat. Badak hitam yang mendiami Etosha National Park, Namibia itu dilaporkan sehingga kini berjumlah 8,600 ekor. - CARI Infonet
Baca selanjutnya: Sinar Harian |
spiderman80 replied at 26-2-2016 09:45 AM
Badak ni tak comel.
ffbeauties: ada ke badak yang comel?
Knowlee replied at 26-2-2016 10:50 AM
Dah kereta tu pun lebih kurang besar dia, dia ingat tu rival dia la kot.
taji2906 replied at 26-2-2016 11:57 AM
kalau dia nampak ahkak pink yg ala2 besar dia.... agak2 dia rasa tu rival dia jugak tak?
irwansuhadi replied at 29-2-2016 09:37 AM
macam hari tu terbaca badak hitam afrika ni katanya dah pupus...konfius betul
peachRose replied at 29-2-2016 09:47 AM
badak sumatera kut...
badak afrika rasanya tak pupus lagi tapi kira endangered jugak sbb org buru ...
ADVERTISEMENT