Oleh Izzah Abbasy
Seakan pelik tetapi itulah realitinya apabila sup soto berkepala ayam menjadi viral apabila ada individu memuatnaik gambar tersebut. Sebenarnya kepala ayam boleh dimakan atau tidak? Sukar nak percaya ia boleh dimakan kan? Namun, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz tampil mencerahkan isu sama ada ia halal atau tidak untuk dimakan. Menurut Datuk Hassan, kepala ayam boleh dimakan kerana ia bukannya najis. Selain daripada najis, bulu dan kuku haiwan yang halal juga tidak boleh dimakan kerana bimbang akan mendatangkan kemudaratan. Oleh kerana itu, kepala ayam boleh dimakan sekiranya ia dibersihkan terlebih dahulu dan bulu-bulunya dibuang. Beliau menerangkan lagi, “Jika ada individu kata makan kepala ayam tidak boleh, kenapa kepala ikan boleh pula? “Asalkan haiwan itu disembelih dan bukannya dilanggar, selain dimasak dengan cara betul,”. Tapi penulis macam tak sanggup nak makan. Anda ada pengalaman makan kepala ayam? Sedap ke? Kalau makan kepala ikan, orang-orang tua cakap, IQ akan jadi rendah tapi kalau kepala ayam pula bagaimana? - CARI Infonet Kredit : Siakapkeli.my
|
9
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT