CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Edisi Berfikir Sejenak : Beli Kereta Baru Atau Hartanah?

22-2-2016 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9251| Komen: 32



Oleh : Dean BZ



Budaya menukar kereta baru bukanlah sesuatu perkara baru dalam masyarakat kita. Masyarakat dilihat lebih gemar menukar kereta berbanding membeli hartanah seperti rumah dan tanah. 

Pasti ramai yang sudah tahu antara membeli kereta dan hartanah, yang manakah lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang. Namun budaya membeli hartanah dilihat masih lagi tidak mendapat sambutan. Adakah anak muda lebih gemar "show off" dengan kereta baru tanpa memikirkan aset yang lebih penting seperti hartanah?

Mungkin perkongsian pengalaman Azhar Saleh ini dapat membuka minda kita tentang pentingnya hartanah berbanding membeli kereta.


Kebanyakan anak muda lebih gemar menukar kereta baru mungkin kerana harga bayaran pendahuluan tidak terlalu mahal seperti membeli hartanah. Selain itu, antara alasan yang pernah diterima seperti harga rumah/tanah terlalu mahal, jika murah lokasi pula terlalu jauh dan tiada kemudahan awam. 

Pada pandangan penulis, jika ada duit lebih belilah hartanah dahulu walaupun lokasi agak jauh dari tempat tinggal dan tempat kerja. Mungkin ketika anda membeli rumah/tanah ketika ini, kawasan itu seperti tempat "jin bertendang" (terpencil). 

Tetapi fikirkan 5 hingga 10 tahun akan datang harga akan melambung tinggi apabila tempat itu sudah dibangunkan. Masa tu anda boleh tersenyum selepas menjual hartanah itu, dan teruskan membeli lebih banyak hartanah ditempat lain pula. Hentikan budaya tunggu dulu! Jom cari aset untuk pelaburan dimasa hadapan. - CARI Infonet.




Sumber - siakapkeli 




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.




8

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 22-2-2016 01:15 PM
Saya akan pilih beli hartanah
Quote bangang4 22-2-2016 01:38 PM
tmpt kawasan perumahan aku mmg byk rumah2 taman2 baru murah2. kondo mewah, rumah teres, aku tgk semua ada potensi harga naik sbb tmpt memang strategik. beli 1 je pun cukup, RM100k esok lusa naik sampai rm400k untung mmg byk. beli x4 rumah harga 100k esok lusa jual balik sume aset jd RM 1.6 juta.

untuk yg berani la, kalo penakut xyah sibuk hal2 cenggini kuikuikui
Quote cmf_premierleag 22-2-2016 01:42 PM
Akak suka je tgk org2 muda and jantan2 melwis haprak beli kereta ni
So kurang sket persaingan akak nk beli hartanah
Tp tu dulu la..skang akak dh beli 3 properties
Skang akak tgh fokus nk beli tanah pertanian lak..for long term planning..nak buat pertanian
Leceh la sewa2 tanah utk bertani nih:
Quote bangang4 22-2-2016 01:44 PM
bygkan, utk yg malas nk tunggu lama2 sampai 10 tahun nk tunggu semua harga rumah naik tu dah ada RM400k pun byk peluang perniagaan baru yg lbih menguntungkan...
Quote Artemesiaa 22-2-2016 01:58 PM
Semestinyalah hartanah lebih menguntung dikemudian hari.  Keta ni macam gaget tiap tahun ada je model baru akan keluar dan nilainya pasti akan susut.  Bagi hartanah makin hari makin tinggi nilainya.
Quote akudansesuatu 22-2-2016 02:20 PM
ramai yang bandingkan kereta dengan hartanah..
sampai kutuk mengutuk bab kereta yang susut nilai..yang tak de harga..yang maintenance tinggi
tapi kadang kadang diorang lupa yang kereta tu jugak lah yang bawak dia ke mana-mana
yang dok payung kepala bila hujan lebat berbanding pejalan kaki
yang tahan kulit dia dari bergesel dengan lori berbanding tahan kulit sendiri bila menunggang motorsikal
kereta tu jugak lah yang bawak mak ayah dia jalan-jalan sambil kutip pahala sebab gembirakan hati mak bapak
tapi kereta tu jugaklah yang jadi mangsa cercaan dan hinaan macam langsung tak berguna langsung

yang jadi silap nya bila beli kereta mewah..beli lebih dari kemampuan..dan yang beli untuk nampak gah
janganlah duk mengata kereta tu macam hina sangat
satu hari dia buat hal tepi jalan, merajuk tak sudah
besar pahala kereta tu...bawak kita pergi masjid
ada nampak?
Quote ira79 22-2-2016 02:38 PM
kereta tu lebih kpd keperluan.. bukan utk kemewahan. kalau beli vios atau honda sabun dah rasa mencukupi keperluan, tak perlu la nak beli camry.. bmw ka.. mercedes ka.. logiknya, kalau orgtu dah pakai bmw atau mercedes, dia takkan komplen bab mana untung mana rugi sbb duit da xabis makan.

utk yg rasa2 duit tu sgt berharga.. pentingkan ada kenderaan yg selesa; bukannya kete buruk yg sebulan 5kali rosak. duit muka yg besar juga adalah idea yg tak menarik. ikutla takat mana mampu bayar bulan2.. bajet nanti brape tahun boleh tolak kereta tuh amik kereta lain. nak bela kereta lepas 7thn perlukan kos maintenance yg lebih tinggi. apape pun ukur poket sendiri.

memang kena beli aset.. umah ke.. tanah ke.. tak dinafikan dlm jangkamasa panjang, ia sangat menguntungkan. dah terang dan jelas xperlu la nak explain.. kan.

at the end of the day.. rancang elok2 kehidupan anda. samalah mcm ada sesetengah org berpendapat duit kwsp tu jangan usik.. sedangkan sesetengah org guna duit tu utk ringankan bayaran bulanan rumah supaya xdela sampai tahap makan megi nak gagahkan bayar segala benda tetiap bulan. dividen kwsp 6.5% berbanding org yg guna sebahagian utk investment... mana mau? sendiri pilih yer.
Quote azimodin 22-2-2016 02:42 PM
akudansesuatu replied at 22-2-2016 06:20 AM
ramai yang bandingkan kereta dengan hartanah..
sampai kutuk mengutuk bab kereta yang susut nilai..y ...

Mmg betul kereta tu satu keperluan terutamanya yg berkeluarga & kerja banyak outstation. Tapi muda mudi zaman skrg beli kereta ikut nafsu, bukan keperluan. Ade junior aku starting salary x sampai 3K tapi dah beli Vios. Bagi aku Vios tu terlalu mahal bagi yg meskin bandar.
Quote cairel_azlie 22-2-2016 05:20 PM
boleh jer beli keta mewah atau baru...janji income monthly tak kisah makan gaji, site income atau dr bussiness sendiri mmg masyuk
Quote chimpera 22-2-2016 06:46 PM
susah nak melawan nafsu memiliki kereta baru
tambah-tambah bila kawan-kawan racun
Quote lasagnaklcc 22-2-2016 07:17 PM
Parents saya rajin beli tanah yg dlm hutan harga dlm 5-20k. Lps 30 thn developer lawyer mula la cari kita nak beli tanah. Offer sampai a million pon ada... Berbaloi peram tanah sampai berpuluh tahun
Quote tagas 22-2-2016 10:10 PM
Takat 5 ke 10 tahun lps blehla citer psl property2 ni

sbb masih affordable berbanding skang

tu yg utamakan keta..so kalo ingin tu beli jelah

idop dunia skali jevdah pejam mata esok tak merasa

kekdah nye..biar pape asal bergaye
Quote EncikRhoma 23-2-2016 10:00 AM
bangang4 replied at 22-2-2016 01:38 PM
tmpt kawasan perumahan aku mmg byk rumah2 taman2 baru murah2. kondo mewah, rumah teres, aku tgk semu ...

kat mana??????
Quote rosasa 23-2-2016 10:23 AM
hartanah le
Quote Siputjelly 23-2-2016 11:59 AM
aku pilih hartanah. kereta makin lama makin turun kos nya, kalau tanah makin lama makin tinggi. ohoii
tapi dua dua tu quite important juga
Quote bangang4 23-2-2016 12:53 PM

aku tipu jer.
Quote sitisitu25 23-2-2016 10:06 PM
da letih kejar beli
umah..dah ada sebijik condo kat kl..2 bidang tanah kat sp,kedah..rumah mak (the only child)..kalau ikut hati nak beli lg umah..tp rs i have done..now ada duit..simpan utk hari tua..n jalan2 pusing dunia pulak till i die..kete pon kete biasa2 saja (tp bkn proton)..bila da smpi tahap umur skrg..maka sudah letih lalu pk xnak dah kejar..bila kejar dunia opkos asik keje saja..keje keje n keje..siang malam keje..siang keje opis..malam wat part time lg..sampai 1 time..haihh umur makin hari makin naik..nak kejar smpi mana? sudah2 la ..
Quote mujer_in_espejo 24-7-2016 01:11 AM
Keta dah dpt. Xyah tukar. Now dlm misi mndapat rmh sblum usia 30thn. Rmh pertama in progress
Quote bungarose 24-7-2016 07:07 AM
aku memilih utk beli rmh dan beli kereta baru yg elok utk long term dan ready utk long distance journey. xsuka pakai kereta recon atau second hand yg bnyk masalah. rmh pon sama...beli baru malas nk baiki mcm2. asset bukan takat rmh jer.. tanah n savings pon penting. ada serba sikit... aku g travel jln2 tgk budaya dan suasana negara org.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.121840 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top