CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas suami Zahnita Wilson dapat hak penjagaan penuh anak

29-7-2026 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3722| Komen: 42

 



Bekas suami pelakon dan model Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse memaklumkan diberi hak penjagaan kekal anak-anak mereka susulan kerjasama dua hala daripada bekas isterinya.

Menerusi satu kenyataan di Instagram baru-baru ini, Zackery, 48, berkata niatnya hanya untuk membersihkan nama dan memperbetulkan salah faham yang berterusan tanpa niat menyerang atau menyalahkan mana-mana pihak.

Menurutnya, Zahnita, 40, menyerahkan hak penjagaan secara rasmi melalui prosiding mahkamah berikutan tindakannya yang didakwa meninggalkan anak-anak bersamanya ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Saya menulis kenyataan ini untuk membersihkan nama dan menamatkan semua salah faham serta tuduhan yang dilemparkan kepada saya," katanya sambil menambah dia kerap disoal berhubung isu ini.

Zackery juga menjelaskan perceraian mereka dimuktamadkan hampir setahun lalu pada Ogos, manakala urusan hak penjagaan diselesaikan secara sah susulan insiden Aidilfitri itu.

"Rentetan insiden itu, dia (Zahnita) secara rasmi menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada saya melalui prosiding mahkamah.

"Hak penjagaan penuh dan kekal diberikan kepada saya ekoran tindakan dia secara sukarela melepaskan haknya," katanya.

Menzahirkan rasa syukur, Zackery berkata, dia kini fokus membesarkan anak-anaknya dan berharap keputusan mahkamah akan menamatkan persepsi negatif terhadapnya.

"Alhamdulillah, semua anak saya kini di bawah jagaan penuh saya. Saya harap bukti hitam putih dari mahkamah ini akan menamatkan semua dakwaan dan naratif palsu yang menjejaskan reputasi saya," katanya.

Katanya, keutamaannya kini mahu memastikan anak-anak menerima pendidikan terbaik serta membesar dalam persekitaran selamat dan stabil. Zackery turut menegaskan kenyataannya bukan bertujuan mencetuskan provokasi terhadap sesiapa sebaliknya untuk "menjelaskan fakta, melindungi reputasinya dan menutup isu ini secara terhormat."

Zahnita dan Zackery berkahwin pada 2005 dan dikurniakan empat anak berusia lima hingga 19 tahun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arnabpurplee 29-7-2026 06:31 PM
semoga semuanya baik-baik...
Quote Orenn1 29-7-2026 06:43 PM
Sudah, ujung2 yg berlakon mangsa tak nak jaga anak2 siap pegi hantar tak ambil balik?


Ko dah busy dgn jantan ke sejak popular lps potray jadi mangsa rmh tangga? Jarang ibu nak lepaskan anak taknak ambil balik.
Quote Orenn1 29-7-2026 06:44 PM
Ada anak2 susah nak berjqntans sana sini lah kut tak blh tingggal kena jaga anak2. Nak berjantans dating sana sini mmg susah.Sorg2 senang nak berhooreyy jantans sana sini
Quote Vanillalatte777 29-7-2026 11:10 PM
Alhamdulillah untuk penyelesaian yg terbaik. Harap dapat bekerjasama jaga anak elok elok. Aminnn
Quote L.U.S.M 29-7-2026 11:23 PM
KAN BETULLLL...MINAH NI YANG PROBLEM...

MANA ACIK PORUM GENDUT YANG MEMAKI AKU DULU KONON AKU CAKAP SALAH AND XKESIAN KAT MINAH SEWEL NI????

SILA JILAT LUDAH KORANG BLK!!!
Quote scha1008 30-7-2026 07:41 AM
L.U.S.M replied at 29-7-2026 11:23 PM
KAN BETULLLL...MINAH NI YANG PROBLEM...

MANA ACIK PORUM GENDUT YANG MEMAKI AKU DULU KONON AKU CAKAP ...

Acik2 pesbuk kemain puji bagus lah bagi anak2 kt bapak. Takde lah culas bagi nafkah. Acik zahnita boleh fokus dekat diri sendiri je. Iyo lahhhh…
Quote lasagna 30-7-2026 08:13 AM
L.U.S.M replied at 29-7-2026 11:23 PM
KAN BETULLLL...MINAH NI YANG PROBLEM...

MANA ACIK PORUM GENDUT YANG MEMAKI AKU DULU KONON AKU CAKAP ...

nohhhh uols pun kena kaa? iols dlu pun ada org hangin kan..
tapi mmg dari awal kes pun, anak2 xde isu pun dgn bapak mereka.
satu hal pun minah ni xde pendapatan tetap..
Quote A-Are 30-7-2026 08:28 AM
Edited by A-Are at 30-7-2026 12:32 AM

eloklah bg suami yg jaga...terjaga nafkah semua xpayah mintak2 byk kali...kalau jaga pon mmg anak nya yg sulong xnak dgn dia, buat asek bergaduh je...byk da contoh mak bapak bercerai mak jaga lepas tu lebih ke bapak..asek nampak salah mak...nanti masing2 da besar pandai la carik mak sendiri balik..tgk erra elok je lakinya jaga anak..now da besar nampak juga anak nya baik dgn dia..dulu2 iols akan kecam kalau mak xnak ambik jaga anak..now iols da jd mak baru paham perasaaan 2-2 pihak..xda salah betul..sesaper yg terbaik sepatutnya ambik tanggungjawab jaga anak..terbaik dr segi mampu urus masa, nafkah dan kasih syg...dulu2 semua soh mak jaga, lepas tu xmampu handle sorang, duit xda, penat tetibe kena kerja balik pastu meroyan asek memukul anak, memburukkan bapak...menyalahkan anak..last2 anak benci mak lepastu syg ke bapak yg sekali sekala jumpa tu...
Quote royaldanish 30-7-2026 08:32 AM
baguslah la suami jaga
emaknya pun bisnes pastry tu blom stable
Quote coco 30-7-2026 08:38 AM
kenapa nak kata dia jahat kalau dia bagi laki dia jaga anak anak.   mmg tanggungjawab bapak pun...... yang kutuk kutuk ni pompuan ke lelaki.....
Quote Kancilkering 30-7-2026 09:22 AM
royaldanish replied at 30-7-2026 08:32 AM
baguslah la suami jaga
emaknya pun bisnes pastry tu blom stable

ntah. ntah mental sickness pun trigger ke emak

mdd ke bi polar ke
Quote borrow 30-7-2026 09:48 AM
Edited by borrow at 30-7-2026 09:51 AM

Bila nmpk ex shuben ni minta tarik balik kes , kesian ank2. Psl heols yg tanggung nafkah kan.Yelah klo dh masuk jail , acaner dgn belanja anak. Barulah faham knp ada mak2 tarik balik report. Dlm kes ni tataulah sapa betul sapa salah. Neway imo mak2 yg tade family berduit utk bekap , tolong tanggung , better jgn jd housewife. Kekalkan kerjaya.
Quote borrow 30-7-2026 09:50 AM
Bisnes sheols bakery tu lingkup dh. Tp nmpk ada ambil tempahan , buat model. Idk la masa kahwin dulu mmg nmpk mcm burnout . Dh solo ni , ank pun shuben jaga,  harap dptlah kembali sihat.
Quote prince_marhaen 30-7-2026 10:27 AM
Takyah lah nak tingtong lagi, anak-anak dah takde boleh keluar balik cari kerja... takyah lah bisnes pie merapu kau tu lagi...jangan sibuk nak berjantan balik bila dah free ni... kau tu mamu mamu maidin mengurat pun kau cair kan...
Quote KamikuP 30-7-2026 11:08 AM
Moga baik2 aja buat keduanya
Quote prettyuglybabe 30-7-2026 12:30 PM
ada lagi ke business pie dia?
last time kucar kacir jugakkan..
Quote borrow 30-7-2026 12:47 PM
prettyuglybabe replied at 30-7-2026 12:30 PM
ada lagi ke business pie dia?
last time kucar kacir jugakkan..

Kkdg sheols ada juga tunjuk ss customer. Skrg baking dari rumah kan. Ada order adalah bisness kowt. Ada tp sendu.
Quote L.U.S.M 30-7-2026 01:30 PM
Edited by L.U.S.M at 30-7-2026 01:33 PM
lasagna replied at 30-7-2026 08:13 AM
nohhhh uols pun kena kaa? iols dlu pun ada org hangin kan..
tapi mmg dari awal kes pun, anak2 xde  ...


Aku ckp minah ni mental
And xmungkin la lakinya pukul
Could be something else coz xkn la lakinya kaki pukul dia stay for 10years siap in the relay dgn beranak pinak byk2 etc

Tp aku kena bash ckp Stockholm syndrome la pastu lakinya ada amik drug la(pdhl bulat namampus)pastu kata aku ni jenis perempuan yang bash perempuan enabler jantan toxic apa bagai sbb dia nmpk burnout pdhl dia yang kata dia suka mengemas siap masuk majalah kot

Then blkg sakit back pain bkn sbb burn out tp sbb terlalu lama pki heels..tp masa tu aku ni geng haluan menentang arus,asik kena kecam laaa

Hujung2 terkantoi minah ni lebam sbb anak dia yg toddler tu sepak ke pukul muka dia hence the lebam plus dia problematic dgn byk agent2 pie keras xsedap harga mahal nak mampuii tuu
Quote L.U.S.M 30-7-2026 01:36 PM
scha1008 replied at 30-7-2026 07:41 AM
Acik2 pesbuk kemain puji bagus lah bagi anak2 kt bapak. Takde lah culas bagi nafkah. Acik zahnita  ...

Ahahaha anak2 pun xselera nk duduk dgn mak.

Sanggup anak dia yang first tu tgh SPM pun bgtau ayah dia xsalah...

Bkn budak kecik..dh 17tahun..dia tahu apa yang jadi sebenarnya..

Tp sebab seketul ZAHNI yang acah lawa pdhl mental and fizikal lakinya mcm rohingya pulak..semua dabel standard smpi lakinya terpaksa tidur lokap

Last2 kebenaran terkeluar jgk..lebam sbb anak tersepak,bkn laki pukul punn...zalim sgt dgn laki fitnah bagai last2 melingkup businessadan uke!

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.040520 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top