CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Buat baik tak makan modal pun’ – Riena Diana mahu henti buli siber

29-7-2026 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 203| Komen: 0

 



Pelakon Riena Diana mengharapkan orang ramai agar menghentikan budaya buli siber serta penyebaran kebencian yang semakin kerap berlaku dalam platform media sosial.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 29, menegaskan bahawa platform media sosial sepatutnya dijadikan medan positif untuk memberikan sokongan dan semangat sesama masyarakat.

“Media sosial sepatutnya jadi ruang untuk kita saling memberi semangat dan sokongan, bukannya tempat sebarkan kebencian atau buat buli siber.

“Kadang-kadang, kata-kata yang kita taip santai di sebalik skrin tu boleh memberi kesan yang sangat mendalam pada jiwa seseorang tanpa kita sedar.

“Nak berbuat baik tak makan modal pun, tapi impaknya boleh jadi bermakna sangat buat orang yang menerima,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelakon drama popular Kampung People itu mengingatkan bahawa setiap individu berhak menerima penghormatan dan membudayakan sifat empati dalam kehidupan.

“Pada akhirnya, kita semua cuma manusia biasa yang masing-masing berhak dihormati.

“Saya betul-betul berharap kita boleh pilih untuk jadi lebih baik, tinggalkan komen yang murni-murni sahaja dan teruskan hidup dengan tenang.

“Ayuhlah saling berbaik-baik antara satu sama lain, tak kira dalam alam maya mahupun dalam kehidupan realiti,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.026307 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top