MINAT mendalam dalam dunia seni lakonan, membuatkan aktres Luna Maya terus melebarkan sayapnya untuk menjadi pengarah terkenal. Menurut sumber, walaupun bukan mudah untuknya bergelar pengarah, namun dengan semangat yang tinggi dia mampu lakukannya. "Memang ada pihak yang mempertikai kemampuannya namun bagi Luna ia bukanlah penghalang untuknya meneruskan impiannya itu. "Malah dia kini juga banyak belajar dan mendalami ilmu sebagai pengarah. Dengan pengalaman yang ada, saya percaya dia mampu pergi lebih jauh," kata sumber. Dalam pada itu, filem pertama arahannya, Pintu Harmonika, mendapat sambutan yang baik di kalangan peminatnya.
|
ADVERTISEMENT