|
PETALING JAYA – Lebih sembilan juta rakyat Malaysia menetap di Lembah Klang yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya serta sebahagian besar kawasan Selangor. Wilayah ini terus menjadi tumpuan utama kerana menawarkan peluang pekerjaan yang lebih luas selain kemudahan rangkaian pengangkutan awam yang relatif lebih menyeluruh. Namun, di sebalik kelebihan tersebut, timbul persoalan penting dalam kalangan masyarakat, iaitu berapakah jumlah pendapatan minimum yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang wajar dan bermaruah di Lembah Klang. Hakikatnya, gaji minimum semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran mutlak memandangkan kos sara hidup berbeza mengikut lokasi, corak kehidupan serta komposisi isi rumah. Justeru, bagi membantu orang ramai memahami realiti perbelanjaan sebenar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (Social Wellbeing Research Centre, SWRC) telah memperkenalkan Belanjawanku 2024/2025. Belanjawanku merupakan panduan anggaran kos kehidupan yang diperlukan untuk mencapai tahap kehidupan yang wajar atau reasonable standard of living berdasarkan lokasi dan kategori isi rumah. Panduan ini bukan sekadar mengambil kira keperluan asas seperti makanan dan perumahan, malah merangkumi perbelanjaan kesihatan, penyertaan sosial serta simpanan bulanan bagi membina jaringan keselamatan kewangan untuk kecemasan dan hari tua. Menurut Belanjawanku, kehidupan yang bermakna ditakrifkan sebagai keadaan di mana seseorang mempunyai pendapatan mencukupi untuk memenuhi keperluan harian, aktif berinteraksi dengan keluarga dan komuniti, memiliki perlindungan kewangan, serta mampu menjalani kehidupan yang seimbang, stabil dan bermaruah. Bagi kategori bujang pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang, anggaran perbelanjaan bulanan diperlukan adalah sekitar RM1,970. Jumlah itu merangkumi perbelanjaan makanan sebanyak RM660, perumahan RM400, kesihatan RM30, pengangkutan RM140, utiliti RM100, simpanan RM150, penjagaan diri RM90, perbelanjaan ad-hoc RM90, penyertaan sosial RM180 serta perbelanjaan pilihan RM130. Sementara itu, bujang pengguna kereta memerlukan anggaran perbelanjaan bulanan yang lebih tinggi iaitu sekitar RM2,800. Peningkatan ketara ini didorong oleh kos pengangkutan yang mencecah RM840 sebulan, manakala komponen perbelanjaan lain kekal hampir sama termasuk makanan RM660, perumahan RM400 dan simpanan RM150. Bagi pasangan berkahwin tanpa anak, Belanjawanku menganggarkan keperluan perbelanjaan bulanan sekitar RM4,970. Jumlah ini melibatkan kos makanan RM1,040, perumahan RM1,130, kesihatan RM70, pengangkutan RM1,070, utiliti RM320, simpanan RM300, penjagaan diri RM120, perbelanjaan ad-hoc RM370, penyertaan sosial RM250 serta perbelanjaan pilihan RM300. Untuk pasangan berkahwin dengan seorang anak, kos sara hidup meningkat kepada sekitar RM6,420 sebulan. Selain perbelanjaan makanan RM1,540 dan perumahan RM1,130, keluarga ini perlu menampung kos penjagaan anak sebanyak RM670 sebulan, di samping pengangkutan RM1,080, utiliti RM330 dan simpanan RM300. Manakala bagi pasangan berkahwin dengan dua orang anak, anggaran perbelanjaan bulanan yang diperlukan adalah sekitar RM7,440. Jumlah ini dipacu oleh kos makanan RM1,830, penjagaan anak RM1,210, pengangkutan RM1,090 serta perbelanjaan lain termasuk perumahan, utiliti, kesihatan, simpanan dan penyertaan sosial. Secara keseluruhan, dapatan Belanjawanku 2024/2025 memperlihatkan bahawa kos untuk menjalani kehidupan yang wajar di Lembah Klang adalah jauh lebih tinggi berbanding gaji minimum semasa. Ia sekali gus mencerminkan cabaran sebenar yang dihadapi isi rumah bandar dan kepentingan perancangan kewangan serta dasar pendapatan yang lebih selari dengan realiti kos sara hidup semasa. Sumber:-KOSMO! ONLINE
|
plywood replied at 2-1-2026 05:01 PM
85 juta baru selasa

FOTHER-MUCKER replied at 2-1-2026 05:21 PM
Bajet saya rm110k-rm120k setahun bila sudah bersara, target duduk di ttdi ataupun Mont kiara kerana ...
FOTHER-MUCKER replied at 2-1-2026 05:21 PM
Bajet saya rm110k-rm120k setahun bila sudah bersara, target duduk di ttdi ataupun Mont kiara kerana ...
airfilterkotor replied at 2-1-2026 01:34 AM
Untuk bersara duduk ttdi bebas hutang, aku rasa RM5-6k/month sudah memadai/cukup. Tak perlu sampai ...
midori888 replied at 2-1-2026 02:36 AM
my retirement budget pun lebih kurang yours jugak...i think its a decent amount...makan pun skrg d ...
FOTHER-MUCKER replied at 2-1-2026 07:11 PM
di Malaysia makan di luar Mungkin lebih murah dari masak sendiri di rumah.
FOTHER-MUCKER replied at 2-1-2026 01:21 AM
Bajet saya rm110k-rm120k setahun bila sudah bersara, target duduk di ttdi ataupun Mont kiara kerana ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.279896 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.