CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1651|Reply: 18

Berapa jumlah pendapatan minimum diperlukan untuk hidup ‘bermaruah’ di Lembah Klang? Tengok ni

[Copy link]
Post time 2-1-2026 03:51 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Lebih sembilan juta rakyat Malaysia menetap di Lembah Klang yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya serta sebahagian besar kawasan Selangor.

Wilayah ini terus menjadi tumpuan utama kerana menawarkan peluang pekerjaan yang lebih luas selain kemudahan rangkaian pengangkutan awam yang relatif lebih menyeluruh.

Namun, di sebalik kelebihan tersebut, timbul persoalan penting dalam kalangan masyarakat, iaitu berapakah jumlah pendapatan minimum yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang wajar dan bermaruah di Lembah Klang.





Hakikatnya, gaji minimum semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran mutlak memandangkan kos sara hidup berbeza mengikut lokasi, corak kehidupan serta komposisi isi rumah.

Justeru, bagi membantu orang ramai memahami realiti perbelanjaan sebenar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (Social Wellbeing Research Centre, SWRC) telah memperkenalkan Belanjawanku 2024/2025.

Belanjawanku merupakan panduan anggaran kos kehidupan yang diperlukan untuk mencapai tahap kehidupan yang wajar atau reasonable standard of living berdasarkan lokasi dan kategori isi rumah.

Panduan ini bukan sekadar mengambil kira keperluan asas seperti makanan dan perumahan, malah merangkumi perbelanjaan kesihatan, penyertaan sosial serta simpanan bulanan bagi membina jaringan keselamatan kewangan untuk kecemasan dan hari tua.

Menurut Belanjawanku, kehidupan yang bermakna ditakrifkan sebagai keadaan di mana seseorang mempunyai pendapatan mencukupi untuk memenuhi keperluan harian, aktif berinteraksi dengan keluarga dan komuniti, memiliki perlindungan kewangan, serta mampu menjalani kehidupan yang seimbang, stabil dan bermaruah.

Bagi kategori bujang pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang, anggaran perbelanjaan bulanan diperlukan adalah sekitar RM1,970. Jumlah itu merangkumi perbelanjaan makanan sebanyak RM660, perumahan RM400, kesihatan RM30, pengangkutan RM140, utiliti RM100, simpanan RM150, penjagaan diri RM90, perbelanjaan ad-hoc RM90, penyertaan sosial RM180 serta perbelanjaan pilihan RM130.

Sementara itu, bujang pengguna kereta memerlukan anggaran perbelanjaan bulanan yang lebih tinggi iaitu sekitar RM2,800. Peningkatan ketara ini didorong oleh kos pengangkutan yang mencecah RM840 sebulan, manakala komponen perbelanjaan lain kekal hampir sama termasuk makanan RM660, perumahan RM400 dan simpanan RM150.

Bagi pasangan berkahwin tanpa anak, Belanjawanku menganggarkan keperluan perbelanjaan bulanan sekitar RM4,970. Jumlah ini melibatkan kos makanan RM1,040, perumahan RM1,130, kesihatan RM70, pengangkutan RM1,070, utiliti RM320, simpanan RM300, penjagaan diri RM120, perbelanjaan ad-hoc RM370, penyertaan sosial RM250 serta perbelanjaan pilihan RM300.

Untuk pasangan berkahwin dengan seorang anak, kos sara hidup meningkat kepada sekitar RM6,420 sebulan. Selain perbelanjaan makanan RM1,540 dan perumahan RM1,130, keluarga ini perlu menampung kos penjagaan anak sebanyak RM670 sebulan, di samping pengangkutan RM1,080, utiliti RM330 dan simpanan RM300.

Manakala bagi pasangan berkahwin dengan dua orang anak, anggaran perbelanjaan bulanan yang diperlukan adalah sekitar RM7,440. Jumlah ini dipacu oleh kos makanan RM1,830, penjagaan anak RM1,210, pengangkutan RM1,090 serta perbelanjaan lain termasuk perumahan, utiliti, kesihatan, simpanan dan penyertaan sosial.

Secara keseluruhan, dapatan Belanjawanku 2024/2025 memperlihatkan bahawa kos untuk menjalani kehidupan yang wajar di Lembah Klang adalah jauh lebih tinggi berbanding gaji minimum semasa.

Ia sekali gus mencerminkan cabaran sebenar yang dihadapi isi rumah bandar dan kepentingan perancangan kewangan serta dasar pendapatan yang lebih selari dengan realiti kos sara hidup semasa.

Sumber:-KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
30k comfyy
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 2-1-2026 04:30 PM

mmg la ramai tak mampu belanja asas sbb apa yg  ditunjuk tu data semata2.. bknnya bagi prnyelesaian mcm mana nk hidup selesa dgn tangga gaji sekian2.. ada ke education kat mak pak, laki bini, anak isteri pasal keperluan vs kehendak? takde kan? sbb tu ramai memilih berbelanja memenuhi kehendak over keperluan.. cuba educate sikit masyarakat psl perlu ke tidak berbelanja memenuhi gaya hidup semata2 bkn berbelanja kerana keperluan yg lagi mendesak...setakat data2 mcm ni aku pun mls nk amik port sbb kita bila tau bagaimana nk membelanjakan duit ikut poket kita, takkan ada mslh besar.. tp kalau sendiri yg menekan hidup kerana gaya hidup, what else we can say? lainlah kalau hidup dah elok2 t20 pastu ditimpa musibah.. itu kisah yg lain pula.. tak sama ngan org yg hidup hanya utk mkn bkn mkn utk hidup.. yg pertama ni lah yg menghasilkan generasi yg skrg ni.. tak pentingkan masa dpn 10, 20 tahun lg tp lebih pentingkan current trend, ikut lifestyle org... tu yg madnor cuba sampaikan kat gen z.. atau gen stroberi.. apa2 pun pilihan tetap di tangan kita.. kita yg corakkan hidup kita.. bdk skrg mmg byk membazir sbb lifestyle..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:01 PM | Show all posts
85 juta baru selasa
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 2-1-2026 05:01 PM
85 juta baru selasa

nak 85 juta...mohon keja kt indon...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:11 PM | Show all posts
Miskin bandar = RM6k.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2026 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 2-1-2026 05:34 PM

Tipu x agak2 bujang tu x agak2 patut min 3k-4k keperluan transport sendiri kos parking tol
Nak suruh jimat2 macam bangla ka sumbat ramai2 makan berjimat
Setengah org teringin makan cendol coklat durian nasi beriani walau setahun 1-2 kali
Kedai2 xnak jual brg murah x untung dan jual premium punya cakoi inti nutella roti canai sardin nasi beriani kopi premium sbb kos sewa dan gaji minimum
Tgk nnt Ramadan ramai dtg masjid nak makan free
Kenduri kawin ada yg tapau maknan senyap2
Raya pi rumah sana sini habis kuih dlm balang licin
Kalau yg dah beli rumah pening byr maintenance fee security guard sampai mati membayarnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:21 PM | Show all posts
Bajet saya rm110k-rm120k setahun bila sudah bersara, target duduk di ttdi ataupun Mont kiara kerana disitulah properties saya Sekarang. Sepanjanh kehidupan saya tidak pernah berhutang ataupun meminjam dari mana mana bank. Jadi 100% 0 mortgage.

Hobi kereta mahal. Seriously memang rasa takut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
X duduk kat lembah klang
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:34 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 2-1-2026 05:21 PM
Bajet saya rm110k-rm120k setahun bila sudah bersara, target duduk di ttdi ataupun Mont kiara kerana  ...

Untuk bersara duduk ttdi bebas hutang, aku rasa RM5-6k/month sudah memadai/cukup. Tak perlu sampai RM110k setahun.
Sebab waktu tu komitmen memang sangat kurang atau memang tiada langsung.

Unless, you ada hobi super mahal untuk dibela dan dijaga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:38 PM | Show all posts
Ramai jer ongkaya pencen kat sini lay low hidup seadanya walaopun dorang mampu untuk hidup gaya mewah.
Less stress, less burden... hidup di usia tua pun hepi jer.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 2-1-2026 06:51 PM

La ni sepinggan nasi dan air rm12
2030 harga rm20, 2035 rm 28, 2040 harga rm35, duit yg dikumpul sekarang bernilai kecil di masa hadapan, makanan berkhasiat dah mahal la ni tembikal sebijik dah rm10 tahun 2040 dah rm40, yg berduit hati2 byk scammer perompak kaki kikis
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 06:36 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 2-1-2026 05:21 PM
Bajet saya rm110k-rm120k setahun bila sudah bersara, target duduk di ttdi ataupun Mont kiara kerana  ...

my retirement budget pun lebih kurang yours jugak...i think its a decent amount...makan pun skrg dah mahal esp utk org yg tak masak dirumah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 07:07 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-1-2026 03:09 AM
airfilterkotor replied at 2-1-2026 01:34 AM
Untuk bersara duduk ttdi bebas hutang, aku rasa RM5-6k/month sudah memadai/cukup. Tak perlu sampai ...

Jika saya duduk di ttdi saya masih ada pendapatan sampingan itu dari sewaan condo saya di Mont kiara dan Jika saya duduk di Mont kiara bajet tahunan saya hanya limited to rm110-rm120k setahun termasuk segala tanggungan maintenance untuk dua properties kerana saya tidak akan menyewakan rumah saya di ttdi kerana saya Akan jadikan tempat menyimpan kereta dan Akan jadikan a little workshop untuk DIY maintenance kereta saya. Jadi Jika ditolak cukai pintu ..cukai tanah...cukai itu..cukai ini, service charges, maintenance charges , sinking fund dan segala bills Mungkin akan tinggal rm8000- rm8500 sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 07:11 PM | Show all posts
midori888 replied at 2-1-2026 02:36 AM
my retirement budget pun lebih kurang yours jugak...i think its a decent amount...makan pun skrg d ...

di Malaysia makan di luar Mungkin  lebih murah dari masak sendiri di rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 07:21 PM | Show all posts
Edited by midori888 at 3-1-2026 12:53 AM
FOTHER-MUCKER replied at 2-1-2026 07:11 PM
di Malaysia makan di luar Mungkin  lebih murah dari masak sendiri di rumah.

tak jugak, skrg nie meols order grabfood pun dah kdg2 dah bole cecah RM100 per day...set ayam penyet pun dah dekat RM20 per pax...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 10:33 PM | Show all posts
Wanita bujang belanja RM3K
dah kahwin belanja RM00000000000.

Jantan belum kahwin simpan RM3K sebulan

dah kahwin Hutang 3K sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dok lembah klang,pj bbrape minit je nk ke pj. Terasa bebannya,tmbah² g nk skolah lg 10 hari. Haru
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 02:38 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 2-1-2026 01:21 AM
Bajet saya rm110k-rm120k setahun bila sudah bersara, target duduk di ttdi ataupun Mont kiara kerana  ...



Kalau aii balik Malaysia - aii duduk rumah sewa/condo full furnished. Tak tau location sebab tiap tahun kawasan kawasan perumahan ini bertukar tukar. Mula mula cantik jer lepas dua tiga tahun on the way to rumah kita dah ada rumah flat la, rumah kos rendah la, kedai kedai tomyam la etc etc ..dah mcm b40 area. Contoh rumah aii di Cheras (taman Mutiara) dulu cantik very quiet very have have sekarang bila ada laluan/station LRT ... kereta park kiri kanan, orang berniaga sana sini .. SERABUT!! Kalau sewa bebila tak suka pindah tempat lain pulak. Tahun ini dok Penang tau depan dok Langkawi lepas pindah Sabah lepas tu pindah Perlis .. ha banyak pilihan.

Aii tua nanti bergantung dgn duit social security dan 401K (di US) kalau di Malaysia bergantung dgn KWSP dan duit simpanan. Sebab 6 bulan di US 6 bulan di Malaysia.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 1.448605 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list