|
PUTRAJAYA – Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali menafikan setiap tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.
Perkara itu dimaklumkan peguam Sabri, Muhammad Firdaus Jumaluddin pada sidang akhbar di sini, hari ini. Muhammad Firdaus yang bertindak sebagai jurucakap kepada Sabri menjelaskan, semua tuduhan itu disifatkan tidak benar, mengelirukan dan berunsur fitnah yang serius. Menurutnya, tuduhan itu langsung tidak berasas malah, turut menjejaskan institusi dan imej PUSPAHANAS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhannya. “Setakat ini, Sabri tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dan tidak pernah didapati bersalah atas kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau salah laku oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa. “Saya akui ada pihak tertentu yang mendakwa memiliki kononnya ‘dokumen’, termasuk dokumen yang didakwa sebagai sulit atau berasal daripada agensi penguatkuasaan namun, kesahihan dan ketulenan dokumen itu tidak diiktiraf oleh Sabri,” katanya. Katanya, sebarang dokumen yang diperoleh secara tidak sah, dipetik di luar konteks, dipilih secara selektif atau terbuka kepada pengubahsuaian dan manipulasi tidak boleh dianggap sebagai bukti salah laku atau sokongan terhadap sebarang kesalahan. Pada masa sama, Muhammad Firdaus berkata, Sabri meletakkan semua tuduhan itu kepada hak di bawah undang-undang termasuk segala tindakan sivil terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan atau ulang siar kenyataan fitnah itu. Jelasnya lagi, Sabri juga akan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan selain meletakkan kepercayaan penuh terhadap kedaulatan undang-undang di negara ini. “Segala soal jawab berkaitan isu ini hanya akan dijawab secara rasmi, formal dan sah di sisi undang-undang. Datuk Sabri tidak akan memberi respons terhadap tuduhan tanpa identiti, spekulasi atau naratif bersifat sensasi,” katanya. Chegubard sebelum ini mendakwa Sabri terlibat dalam kesalahan berkaitan rasuah dengan mendedahkan satu set dokumen yang dikatakan merangkumi kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diterima oleh pertubuhan Pembela Tanah Air (PETA) pada Mei 2024. Sumber:-KOSMO! ONLINE
|

“Setakat ini, Sabri tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dan tidak pernah didapati bersalah atas kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau salah laku oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa.

sharlenetexas replied at 3-1-2026 08:26 PM
Dulu2 orang kata askar ni tak rasuah. Bukan macam polis. Dulu lain sekarang lain.
pocongkiutss replied at 3-1-2026 12:30 PM
Ada ke org mengaku berak kat tengah jalan
sharlenetexas replied at 3-1-2026 08:26 PM
Dulu2 orang kata askar ni tak rasuah. Bukan macam polis. Dulu lain sekarang lain.
fattymah replied at 3-1-2026 08:34 PM
Yg ni ke anak dia dok wat utube holiday tiap bulan
pengecatbintang replied at 3-1-2026 09:25 PM
btol gak ko kata..
PM Bijan pon x ngaku songlap imdb

ADVERTISEMENT