Akim anak kelahiran johor dengan stacy anak jati sabahan ada menjalinkan satu hubungan istimewa, tidak tahu kesahihan cerita ini secara mendalam. tapi semalam berita haria ada mengupas yang akim akan merisik bila menjelma aidilfitri yang akan datang nanti. khabr itu rupanya gurauan akim yang menyatakan dia dan stacy hanya tidak lebih dari seorang kawan. Namun tidak menolak jika stacy adalah jodohnya.. Akim: memang saya pernah berkunjung ke rumah stacy di sabah, manakala pada hari raya tahun lalu stacy meluangkan masa menziarahi keluarga saya di johor. Insya ALLAH jika tiada aral melintang mungkin kami akan beraya bersama tahun ini. Mana tahu kunjungan kali ini menjadi acara merisik pula.... Saya mengaku senang berkawan dengan nya malah hubungan dengan keluarganya juga baik.. Saya suka dengan stacy kerana mereka melayan saya dengan baik.. Begitu juga saya suka dengan budaya masyarakat sabah. Keluarga saya juga tiada masalah dengan stacy. Seandainya ditakdirkan ada jodoh di antara kami , saya tidak tolak kerana soal jodoh pertemuan ajal maut bukan kuasa kita...
|
ADVERTISEMENT