CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suhu Di Bangkok Turun Mendadak, Cecah 13 Darjah Celsius

26-1-2016 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12972| Komen: 97


Oleh : Dean BZ


Bangkok, Thailand, mengalami penurunan suhu mendadak sejak dua malam berturut-turut. Pelancong dan penduduk sekitar Bangkok terpaksa menahan kesejukan yang menusuk ke tulang ekoran perubahan cuaca yang luar biasa dibanda raya itu.

Memetik laporan BERNAMA, penduduk di ibu kota berdepan suhu dingin antara 13 hingga 16 darjah Celsius sejak dua malam lepas, memaksa mereka memakai beberapa lapis pakaian untuk mengelak badan daripada menggigil. 

Gambar dari Twiter


Jabatan Meteorologi dalam kenyataan kepada media tempatan menasihati orang ramai agar bersiap sedia menghadapi cuaca lebih sejuk memandangkan suhu dijangka semakin menurun pada hari-hari berikutnya. 


"Penurunan suhu sekitar satu hingga tiga darjah Celcius akan berlaku dalam masa dua hari akan datang disebabkan zon tekanan tinggi yang kuat meliputi Laut China Selatan dan bahagian hulu Thailand," menurut kenyataan itu. 

Menurut jabatan itu, suhu minimum di Utara dan Timur Laut dijangka antara enam hingga 15 darjah Celsius, manakala suhu di Dataran Tengah dan Timur dijangka antara 13 dan 18 darjah Celsius. Bagaimanapun, suhu dingin yang dialami penduduk Bangkok ketika ini tidak melepasi rekod bacaan yang dicatatkan masing-masing pada 1975 dan 1999 apabila suhu di ibu negara itu menurun masing-masing kepada 10 darjah Celsius dan 11.7 darjah Celsius. 

Pada tahun 2014, Bangkok mempunyai hari yang paling sejuk dalam tempoh 30 tahun apabila suhu menjunam hingga 15.6 darjah Celsius.- CARI Infonet.



Sumber - BERNAMA/straitstimes.com
7

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kenarikelabu 26-1-2016 06:04 PM
Kalau terlalu sejuk pun susah jugak...
Quote dauswq 26-1-2016 06:07 PM
kwsn sini pun berangin wlpn panas terik
Quote Changa 26-1-2016 06:08 PM
untung la ummah siam.. weols kat sini membahang macam di neraka
Quote Mary_jane 26-1-2016 06:08 PM
Pakat cepat2 serbu bundle cari jaket tebal.
Quote MeghanK 26-1-2016 06:10 PM
wahh, best nya..bangkok yang selalu nya panas macam dalam oven tetiba sejuk..kalau la mesia camni kan best
Quote Muntz 26-1-2016 06:13 PM
Negara kita ni makin panas jer aku rasa. Bala dari Allah kut.
Quote cherub 26-1-2016 06:16 PM
Err kelantan dah turun snow belum?
Quote cmf_premierleag 26-1-2016 06:45 PM
Elohim merahmati bumi siam?
Quote alesandra 26-1-2016 06:47 PM
tapikan kat utara siam aku pegi bulan lepas tak sesejuk yg septutnyer...
Quote abangbikerz 26-1-2016 06:48 PM
Changa replied at 26-1-2016 06:08 PM
untung la ummah siam.. weols kat sini membahang macam di neraka

Itu tandanya msia tdk dirahmati kerana xmau amalkan hudud.
Quote nikaido 26-1-2016 06:51 PM
abangbikerz replied at 26-1-2016 06:48 PM
Itu tandanya msia tdk dirahmati kerana xmau amalkan hudud.

Kl panas dkt mekah kira macam mana?
Quote abangbikerz 26-1-2016 06:54 PM
nikaido replied at 26-1-2016 06:51 PM
Kl panas dkt mekah kira macam mana?

Panas kat mekah tu ujian dunia
Quote mzzenma 26-1-2016 06:58 PM
Msia yang penuh lobai and lobainita jadian pun tak sejuk2 juga
Quote cepheid 26-1-2016 07:05 PM
Teringat dulu kat perlis pun ada musim sejuk siap pakai sweater lagi orang posing dalam paper.
Quote ninja boy 26-1-2016 07:06 PM
untungla malaysia duk garisan tengah
Quote dani-rox 26-1-2016 07:10 PM
huntunglah... Hong Kong pun tengah mengalami kesejukan melampau, paling last thn 50-an. sekolah2 semua ditutup katanya.
Quote kyleril 26-1-2016 07:11 PM
chiang mai dgn chiang rai tas tas lagi sejuk per
Quote lionsleepin 26-1-2016 07:12 PM
Lols. Haruslah kuarkan heattech uniqlo inner tu...
Quote cap_ayam 26-1-2016 07:13 PM
Bila shah alam nak sejuk

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.158002 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top