Oleh : Dean BZ Memiliki payudara terlalu besar membuatkan seorang "wanita" ini ditahan polis dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. "Mereka bagaikan sengaja menahan saya dan membawa saya ke balai. Setibanya di balai, salah seorang pegawai polis berlakon seolah-olah mengenali saya dan membawa saya ke pejabatnya", kata wanita itu. Wanita itu ditangkap selepas pihak polis menerima laporan dari penduduk tentang adanya aktiviti pengintipan di tandas awam. Saat diperiksa, suspek memakai seluar merah ketat, skirt mini, kasut tumit tinggi dan topeng penutup mulut. Lebih mencurigakan orang ramai apabila suspek "memakai" payudara bersaiz bola sepak. Dari laporan Asiaone, akhirnya identiti wanita berkenaan dikenalpasti dan ternyata dia seorang lelaki bernama Zhang. Zhang akhirnya mengaku telah beberapa kali melakukan penyamaran itu dan selalu berjaya. Polis turut mengingatkan kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati apabila menggunakan tandas awam. Pada 2014, sebanyak 50 gambar perempuan sedang membuang air kecil dan besar di dalam tandas awam telah tersebar di internet.- CARI Infonet.
|
ADVERTISEMENT