Selepas Datuk Seri Dr Hasmiza Othman iaitu pemilik Vida Beauty Sdn Bhd yang menaja pasukan Kelantan, kebelakangan ini sudah menjadi satu 'trend' terdapat banyak pihak yang berminat untuk memberi tajaan kepada pasukan bolasepak negeri tertentu. Terbaru, pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV), Erni Dekritawati Yuliana Buhari tidak menafikan beliau kini sedang mempertimbang untuk menaja sebuah pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini. Namun ujarnya, beliau mahu mengetahui terlebih dahulu siapa yang menyebarkan berita mengenai perkara itu.
"Tunggu dulu,... saya tengah mencari siapa yang sebarkan cerita itu, kena pastikan berita ini dahulu, siapa yang buka mulut dahulu, sebelum saya cakap apa-apa biar saya semak dahulu siapa cakap. "Jadi saya harap semua pihak bersabar dahulu, kerana kalau 'benda' ini jadi, saya akan keluarkan kenyataan rasmi." Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Rita kini sedang mengintai dua pasukan untuk ditaja sekaligus dapat mempromosikan produk keluarannya.- CARI Infonet Berita selanjutnya : sinarharian.com.my/
|
ADVERTISEMENT