CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nak Poligami, Bincang Baik-Baik & Keputusan Biarlah Harmoni” - Ashraf Muslim

12-3-2025 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6064| Komen: 18|Original author: Raline


shhh.png


Pelakon Ashraf Muslim menitipkan pesanan kepada pelakon Azlan Komeng mengenai hasrat untuk berpoligami serta berbincang dengan baik bersama isterinya, Nur Nilam.

Memetik Kosmo, Ashraf berkata perkahwinan adalah perkara baik yang perlu dimulakan dengan baik tanpa ada permasalahan yang timbul.

“Apa pun keputusan dibuat biarlah harmoni. Benda baik harus dimulakan dengan baik, jangan perkara baik mula dengan tak baik supaya tiada kekhilafan atau kesan kurang baik selepas itu. Faham satu sama lain dan dapatkan keredaan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi orang sekeliling juga.

“Saya doakan sesiapa nak buat keputusan (berpoligami) atau apa-apa sahaja perkara dalam hidup. Berkahwin perubahan sangat besar, tidak kisah kahwin berapa atau bercerai. Fikir kesan dan cari solusi terbaik,” katanya.

Dalam masa sama, Ashraf turut menasihati kepada mereka yang ingin berpoligami agar tidak berkongsi secara terbuka terutama di media sosial sebaiknya antara suami isteri sahaja.


“Hal rumah tangga jangan uar-uarkan kepada masyarakat dan jangan aibkan antara satu sama lain. Dalam keluarga, kita perlukan kepercayaan, perkara tersebut susah nak dibina. Sekali rosak, susah nak dapatkan balik.

“Elakkan apa-apa kenyataan keluar dalam media sosial seperti hal dalam kain, isu periuk nasi atau cerita atas katil. Biarlah cerita antara suami dan isteri,” katanya.

Terdahulu, Nur Nilam menginzinkan Azlan untuk berkahwin lain kerana menghormati dan menyayangi suaminya, malah dia juga sudah bertemu dengan wanita berkenaan.

SUMBER: Kosmo, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Moyangkucing 12-3-2025 09:47 AM
Edited by Moyangkucing at 12-3-2025 09:50 AM

- tak jadi komen-
Quote pembacagosip 12-3-2025 01:49 PM
sembang la ko, jgn org korek kisah lampau
Quote Insomniac 12-3-2025 08:27 PM
Sampai skrg aku masih kesian kat first wife die
Quote syamzana 12-3-2025 09:06 PM
girtuhhh kata2 dari seorg yg berpoligami sampai ke telen nun tu pun sabit bini jmp tiket flight?? ke apa dah.
iols baca tajuk+para atas jah, malas sampai bawah
Quote sharlenetexas 12-3-2025 10:13 PM
Bukan ke no. 1 dulu sampai masuk spital?

Amik je lah sherry jadi no. 3. Harap no. 2 setuju.


Quote dua_chzy 12-3-2025 11:28 PM
Ha dengau tu. Tiber dia lak jadik ikon poligami. Dulu pakcik Salleh tapi dah tak ikon mencapub komen2 pasal polygamous sejak cerai dengan bini ketiga, tua dan sakit.
Quote Zeelalala 12-3-2025 11:33 PM
alahai....bukan ke dulu pun problem? Malas nak korek cerita...iols sibuk ni hahhahhaa
Quote Zeatyisaac 13-3-2025 12:01 AM
Bincang baik2? Bukan terkantoi kahwin kat Thailand ke?
Quote TeropongThaico 13-3-2025 01:10 AM
Mcm le org tak tahu cerita ttg dia dulu
Ehhh melayu mudah lupa sungguh le dia ni
Quote gekkou 13-3-2025 05:19 AM
padahal siap naik court kan kes dia dulu
sbb bini first tak nak cerai je kan
sembang kari kau serap
mujur netizen memaafkan
Quote 3chanceno 13-3-2025 05:27 AM
Ikon poligami ke dia nie? Just becos bini 1st diam je, tak bermakna poligami ko yang terbaik untuk dijadikan contoh
Quote pauliza 13-3-2025 06:04 AM
Poyo lah mamat ni .Dia pun guna kan konsep ,nikah nombor 2 dulu ,mintak maaf dgn bini nombor satu kemudian .
Quote MatDeghem 13-3-2025 07:12 AM
Ko nasib baikkkk.....Minik purtama monggok walau pelajran tinggi
Quote IzzahF 13-3-2025 07:31 AM
choiiii dia dlu smpai apak mentua dgn 1st wife dah kat court baru dia nk dtg jumpa. kalo tak dia sengappp tak berkutik, bukan dia heran 1st tu jadi apa. yg 2nd tu plak bitter terlebih. ni pun sbb kena control guna sosmed je..kalo tak heshe pun tak terkata apa
Quote adeqbun 13-3-2025 07:34 AM
ok lah, bln puasa ni ai nak husnudzon..mebi die nak cite mmg ribut taufan awal proses diorg poli..tp die berjaya jugak cooldownkan dan dpt berbaik2 dgn timbangtara yg btol...tu kot point die
Quote shida81 13-3-2025 08:11 AM
Antara yg ak tgk blh handle hidup poligami ni dia la.. Berperang tu ak rase biasala.. Dia still blh handle bini2 dia.. SY dulu ak rase dia mcm ok tp pas dia dah x kj sinar duit pun x de bini2 dia la kn keje... Plg teruk handle poligami and bini2.. x lain x bukan.. sol... Jenis nk kawen lebih tp lepas tgn..
Quote honeystar_11 13-3-2025 08:22 AM
Hmmm sembang lebih, dia pun merahsiakan
Kantoi sbb bini jumpa flight ticket g siam
Maybe cara nak bgtau saja2 bg kantoi
Kesian 1st wife tu
Apa2 yg ditunjukkan soc med tu konon2 semua bahagia, takyahla purcaya
Quote seri_mawr 13-3-2025 09:33 AM
dia ni skrg mcm boleh control wifes dia...
kira berjaya lah tu...hahhaa...

tp bak kata UAI....tahun pertama perang.... lama2 ada snipper baru kena....hahha and dia xde petua...cuma dia nasib baik je...hahhaa....

awat lelaki sellau ada keinginnan nak berpoligami.... senang ke nak handle perempuan ramai2..? aih.... kalau poket tebal tahan lagi...masalah nya ramai yg poket nipis...nafsu je yang teball..huhuhu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.051793 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top