CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beego enggan cerai, minta Linda Hashim balik ke rumah

7-3-2025 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9886| Komen: 16|Original author: tatod

3153106.jpg



PELAKON Beego tidak akan menceraikan isterinya iaitu aktres Linda Hashim pada sebutan kes cerai merekadi Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, berkata, dia mahu berbincang dengan Linda terlebih dahulu kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Untuk sebutan kes hari ini pihak saya tidak akan  ikut permintaan isteri nak bercerai.

“Kemungkinan saya akan berunding untuk selamatkan rumah tangga kami.

“Supaya saya tahu kenapa nak bercerai? Kalau boleh selamatkan (perkahwinan) saya akan selamatkan,” katanya kepada mStar.

Beego berkongsi perkara itu sebelum prosiding kes cerai dia dan Linda bermula.

Tenang hadir ke mahkamah, kata Beego, dia sudah lama tidak berkomunikasi dengan isterinya kerana duduk berasingan sejak lima bulan.

Pelakon itu juga berharap Linda boleh pulang ke rumah agar kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik.

“Kenyataan dia sebelum ini pun memang betul, dia keluar rumah sudah lima bulan.

“Saya harap dia dapat baliklah,” jelasnya.

Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 6-3-2025 11:45 PM
Bini dah x nak lepaskan jelah..
Quote DeLuna85 7-3-2025 04:52 AM
Dari dulu kan kejap baik kejap tak ok. Isteri dah tawar hati la tu.
Quote TeropongThaico 7-3-2025 07:21 AM
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dlm perahu
Quote cikpah27 7-3-2025 12:02 PM
bewak hidup ke beego ni? dah tak nampak kat tv.. keje apa skrg?
Quote aina_shaira 7-3-2025 12:12 PM
Beego dulu pernah jadi hero tau slot Akasia yang heroin dia kakafaz tu. Kakafaz masa tu kulit pink pink coklat. Tak sure dah operate ke belum , rasa Gigi ori lagi masa tu. Dia start renovate masa couple dgn sana tu.
Quote prizadane 7-3-2025 01:27 PM
aina_shaira replied at 7-3-2025 12:12 PM
Beego dulu pernah jadi hero tau slot Akasia yang heroin dia kakafaz tu. Kakafaz masa tu kulit pink p ...

Drama Ezora ke maksud chuols??? Hehe. Masa tu Beego memang tengah top. Main cast Puteri lagi
Quote immortallez 7-3-2025 02:27 PM
Maknanya dah 2 kali bercerai kan. Kali ni kalau cerai tak boleh rujuk lagi. Selalunya kalau dah 2 kali cerai, tu memang maknanya dah tak ada jalan untuk perbetulkan rumahtangga. Dah 2 kali cuba tapi masih gagal, sebaiknya bercerai je cari bahagia masing2. Yang penting sama2 jaga kebajikan anak2, jangan sampai anak2 jadi mangsa
Quote JahLupa 7-3-2025 02:41 PM
Abuse ke..
Quote lasagna 7-3-2025 03:01 PM
sedap nama anak2 dia org.. tibehh..
Quote mizterpaling88 7-3-2025 04:13 PM
boleh ke gitu tak bg lepas.. bini dh tak mau kottt. mcm tak terbela pulak nasib bini kalau bini rasa dh tak nk stay dlm marriage tu
Quote bottombikini 7-3-2025 07:18 PM
pula dahhh
sblm ni penah bercerai ke
Quote menjad 7-3-2025 07:20 PM
Da x berduit kot
Quote Freezies 7-3-2025 07:50 PM
Masih jelita linda ni..next time boleh la cari laki kaya pulop.
Jangan laki orng sudah la.
Quote sitisenyum 7-3-2025 09:05 PM
kenapa ramai yg bercerai?? adakah lelaki dh jd biawak kehidupan dan isteri tak dah mati rasa
Quote eyansss 9-3-2025 02:52 PM
bila lelaki dayus guna kuasa talak tak kena tempat…
Quote edoraixora 9-3-2025 07:23 PM
Ada tengok iv linda, walaupun dia tak cakap direct, tapi dia macam membenarkan yg beego ni jenis pukul2. Siap anak dia tanya bila nak cerai?
Anak2 pun tak kisah parent diaorg bercerai, maksudnya memang tak boleh nak diselamatkan lagi lah. Linda dah tak boleh tahan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.097430 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top