Shah Alam: Kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk membayar lebih RM9 juta kepada keluarga wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman, M Sumathi, memerintahkan pembayaran itu, termasuk faedah, dibuat dalam tempoh 30 hari ke dalam akaun firma guaman, Karpal Singh & Co, selaku peguam kepada bapa Altantuya, Shaariibuu Setev. Dalam perintahnya, Sumathi juga mengarahkan kerajaan dan Abdul Razak membayar kos RM25,000 kepada Shaariibuu. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan lisan untuk penangguhan perintah terbabit. Portal, The Edge, melaporkan peguam Shaariibuu, Sangeet Kaur Deo, sebagai mengesahkan keputusan mahkamah terbabit. Sumber : Harian Metro |
kemaruk replied at 12-2-2025 02:23 PM
Kenape bukan rosmah atau najib?
snowflakes replied at 12-2-2025 04:12 PM
Kenapa kerajaan pulak kena?
snowflakes replied at 12-2-2025 04:12 PM
Kenapa kerajaan pulak kena?
Subian replied at 12-2-2025 05:45 PM
Sbb pembunuh tu polis dan bertindak atas arahan seseorang. Kemungkinan besar orang tu pegawai ting ...
pengecatbintang replied at 12-2-2025 09:12 PM
naper gomen kena bayor?
C4 tu milik saper?
Kami Tak pernah Kata Bahan Letupan C4 Diguna Untuk Bunuh Altantuya - Pendakwa
Selasa, 24 Jun 2014 9:04 PM
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa diberitahu tidak pernah dalam kes pendakwaan mengatakan bahawa bahan letupan C4 digunakan untuk pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah pihak pendakwaan tidak pernah mengatakan bahan-bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan C4.
"Kami tidak pernah berkata bahan letupan itu adalah C4. Tetapi mereka ini sejak hari pertama berkata ia adalah C4.
"Kami tidak tahu bagaimana Mahkamah Rayuan boleh menyatakan ia adalah bahan letupan C4," katanya pada pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar berhubung pembunuhan Altantuya.
Tun Majid berkata UTK tidak pernah menggunakan bahan letupan C4.
Bercakap kepada pemberita kemudian Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup yang membantu Tun Majid berkata bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan PETN dan RDX.
Pihak pendakwa (Tun Majid) berkata Mahkamah Rayuan terkhilaf berhubung fakta itu kerana gagal memanggil pakar bahan letupan C4 apabila saksi pendakwaan (bekas Timbalan Komander UTK Bukit Aman DSP Mastor Mohd Ariff) memberi keterangan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi bahawa UTK tidak menggunakan bahan letupan C4.
Beliau berhujah Mahkamah Rayuan sekali lagi terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa tiada bukti Azilah mempunyai jagaan dan kawalan terhadap bahan letupan itu pada sebarang masa sebelum dia ditangkap tanpa mengaitkan keterangan Mastor bahawa Azilah dan Sirul Azhar mempunyai peluang mencukupi untuk memiliki bahan letupan yang tidak digunakan semasa latihan.
rashiman replied at 12-2-2025 10:50 PM
Betul ke C4 digunakan..?
Betul ke C4 hanya pihak tertentu aje yg memilikinya, tak boleh diperolehi ...
Orenn1 replied at 12-2-2025 04:46 PM
Tak pasal2 time kjaan pakatan harapan (dap pkr) yg kena bayar
alesandra replied at 12-2-2025 03:00 PM
duit kerajaan duit taxpayers la yg kena kann.bukan duit poket nuat ke anthony loke ke atau duit par ...
rashiman replied at 12-2-2025 10:50 PM
Betul ke C4 digunakan..?
Betul ke C4 hanya pihak tertentu aje yg memilikinya, tak boleh diperolehi ...
ADVERTISEMENT