Klang: Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya, hujung tahun lalu. Lelaki berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai bapa kandung didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia tujuh tahun ketika kejadian. Perbuatan itu dilakukan di bilik tidur sebuah rumah di Kapar di sini, pada Disember lalu. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama. Hakim membenarkan kos ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diperintah tidak tinggal bersama atau menemui mangsa sepanjang perbicaraan kes.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 22 April depan. Sumber : Harian Metro |
ADVERTISEMENT