CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunyikan Hon Lepaskan Larian Secara Mengejut, PMX Terima Pujian Rakyat, ““Tindakan kecil tapi besar maknanya”

12-2-2025 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25272| Komen: 9|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-11 232139.png


Sebuah video yang tular di TikTok telah mencuri perhatian ramai apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat membunyikan hon secara mengejut sewaktu acara pelepasan larian di ibu kota. Aksi spontan ini telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji tindakan beliau.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @jaynalist, Anwar yang tampak segak mengenakan selempang khas untuk acara itu turut menyertai larian sejauh 3km bersama peserta lain. Namun, sebelum larian dimulakan, peserta terpaksa menunggu agak lama akibat protokol acara yang melibatkan ucapan panjang dan penjelasan keselamatan oleh emcee. Keadaan menjadi sedikit mencabar kerana cuaca panas terik membuatkan ramai peserta resah menanti.


Memahami situasi tersebut, Anwar tanpa berlengah terus membunyikan hon di tangannya sebagai tanda pelepasan larian. Tindakan itu mengejutkan semua yang hadir, tetapi pada masa yang sama disambut dengan sorakan gembira daripada para peserta yang sudah tidak sabar untuk berlari.

Screenshot 2025-02-11 232205.png

Di ruangan komen media sosial, ramai yang memuji tindakan Perdana Menteri yang dianggap sebagai seorang pemimpin yang memahami rakyat. Ada yang berpendapat bahawa Anwar sememangnya terkenal dengan sikap tidak suka melengahkan masa dalam acara rasmi dan lebih mengutamakan keselesaan serta kepentingan rakyat.

Screenshot 2025-02-11 232241.png

“Terbaik PMX! Faham rakyat, tak suka berlengah, terus bagi jalan,” komen seorang pengguna TikTok.

“Tindakan kecil tapi besar maknanya. Pemimpin yang mendahulukan rakyat,” kata seorang lagi netizen.

Aksi ini sekali lagi mengukuhkan imej Anwar sebagai pemimpin yang dekat dengan rakyat dan sentiasa peka terhadap situasi sekeliling. Jelas sekali, bukan sahaja kepimpinannya dihormati, tetapi gelagat santainya juga berjaya mencuit hati ramai.

Screenshot 2025-02-11 232303.png

Sumber : murai.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mahathirina 12-2-2025 12:45 AM
Ya Allah cantiknya bangunan kat Malaysia ni.
Quote ^CUN_GILA~. 12-2-2025 12:53 AM
[tiktok]7468671251385453832[/tiktok]
Quote pengecatbintang 12-2-2025 08:06 AM

sbb DSAI paham agama lah, PM DSAI x ikut mcm Bijan (2022) di bawah

[youtube]tjaGfG8VWn0[/youtube]

akidah kena jaga
Quote pengecatbintang 12-2-2025 08:08 AM
PMX minta perhimpunan dengan petugas kerajaan di Putrajaya dalam dewan

sebab kesian dgn petugas yg berpanas

PM2 lain tak kisah pun petugas2 kerajaan berpanas
Quote Decaffeinated 12-2-2025 08:39 AM
Bagus. Semoga jadi ikutan acara2 lain juga. Bila ada ucapan meleret2 kasi pangkah ja, ko ingat suara ko sedap?
Quote kemaruk 12-2-2025 10:31 AM
Gimik..

Ekonomi hancus
Quote SWORKS27 12-2-2025 10:56 AM
bg aku, taklimat keselamatan kena bg sebelum VIP on stage...
ni kawan tu dok atas stage, baru nk bg taklimat itu ini..memang jadi bahan la.......
Quote KBW2 12-2-2025 12:54 PM

Bodohnya yindia ni, dah kenapa PMX nak kena pakai baju india masuk ke dalam kuil kau plak. Dia muslim bukan Hindu. Dia tak sambut perayaan kau, just well wisher jah dah dia PM. LOL sangat. Jibun mmglah, dia punya bomoh pun import dari yindia sana.
Quote pengecatbintang 12-2-2025 02:17 PM
KBW2 replied at 12-2-2025 12:54 PM
Bodohnya yindia ni, dah kenapa PMX nak kena pakai baju india masuk ke dalam kuil kau plak. Dia mus ...

dia bandingkan PMX dgn Bijan

dia kata Bijan banyak bagus pi sampai dalam n berdiri kat tangga batu caves


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.107812 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top