CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga santan dijangka naik sehingga RM20 sekilogram menjelang Ramadan

12-2-2025 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13162| Komen: 45|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-12 112524.png


KOTA BHARU: Harga santan di Kelantan, dijangka terus meningkat sehingga RM20 sekilogram menjelang Ramadan ini, berikutan bekalan kelapa masih berkurangan.

Situasi itu berlaku sejak awal Disember lalu yang menyebabkan harga santan pada asalnya sekitar RM9 hingga RM10 sekilogram sebelum ini kini meningkat kepada RM17 hingga RM18.

Tinjauan di sekitar pasar di sini, mendapati rata-rata peniaga santan serta kelapa meluahkan kebimbangan berhubung bekalan kelapa yang berkurangan sehingga menyaksikan harga naik mendadak.

Peniaga santan, Abdullah Ahmad, 40, yang berniaga di Telipot, di sini, berkata harga santan RM17 sekilogram adalah yang paling mahal sejak dia menjual santan dalam tempoh lapan tahun.

Malah katanya, harga kali ini juga naik mendadak berbanding sebelum ini peningkatan RM0.50 sehingga RM1, namun kini berlaku peningkatan ketara.

"Saya mendapatkan bekalan kelapa dari peniaga kelapa di Bachok dan jika sebelum ini sebiji kelapa hanya RM1.60 hingga RM1.70, namun kini sebiji kelapan mencecah RM3.20.

"Bayangkan harga naik mendadak dan disebabkan itu kita terpaksa menjual santan dengan harga yang lebih mahal.

"Malah, kita jangkakan santan akan terus meningkat kepada RM20 sekilogram pada Ramadan ini.

"Jika harga santan naik semahal ini, bayangkan berapa harga kuih muih dan ayam percik yang akan dijual pada Ramadan ini. Sudah tentu berlaku kenaikan berganda," katanya.

Peniaga kelapa, Nik Afiq Danish Mohd Arshad, 19, berkata kekurangan bekalan kelapa menyebabkan harga naik dan dia dimaklumkan akan terus meningkat.

"Saya terpaksa mencari banyak lokasi untuk mendapatkan bekalan kelapa. Disebabkan stok berkurangan harga menjadi mahal.

"Ada juga yang mengambil bekalan daripada Indonesia selain daripada bekalan tempatan," katanya.

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 12-2-2025 11:31 AM
adakah sbb semalam beramai2 penganut Hindu membazir baling kelapa utk upacara diorg?
Quote BellaThePrinces 12-2-2025 11:36 AM
kalau kat pasar borong selangor tu dah lah naik harga ..lps tu santan mcm bcampur tepung ke amenda ntah....hampa betul..

kalo dulu aioll anti betul dgn santak kotak...tp skrng mmg beli byk2 buat stok..puas hati..pekat pn pekat
Quote kemaruk 12-2-2025 11:36 AM
Mahaldahni   
Quote jas7512 12-2-2025 11:40 AM
Klu mahal beli je santan kotak..gini je nak ajar peniaga yg naikkan harga. Beli brg alternatif cuma telur x tahu blh ganti dgn apa..huhu
Quote A-Are 12-2-2025 11:45 AM
i ols mmg masak harian pakai santan kotak senang..cuma tula kalau raya buat rendang mmg nk santan asli ni...harga santan naik nk dekat2 raya..biasalah tu...
Quote sitipayung 12-2-2025 11:46 AM
Lotus pun ada jual santan segar ....1/2 kg RM4.90 saje....
Quote silance 12-2-2025 11:48 AM
Inflasi dan krisis makanan sedikit demi sedikit jadi nyata.
tapi takpela tak risau bangla n rohingya tak makan santan kan. Rileks la.
Quote green~tea 12-2-2025 12:00 PM
Pakai je lah santan kotak m&s tu.. sama je rasa dia.... sedap
Quote reenz013 12-2-2025 12:20 PM
mahalnya...xyah merendang la jawabnya haha
Quote SWORKS27 12-2-2025 12:34 PM
ada sindiket santan pulak dah...aritu ayam..telur....
celaka punya kartel....
saja nak mainkan benda2 makanan org malaya ni especially nak hari raya..
sial kartel..sial
Quote green~tea 12-2-2025 12:54 PM
Tak sempat tarik subsidi minyak & tarif letrik 14% naik julai ni.... tiba2 santan dulu yg baik rega...


Deme dah lama rancang, kita je lalai...
Anyway, bersedia lah utk inflasi hujung tahun ni
Quote jejaka_hensem 12-2-2025 12:57 PM
annehuda replied at 12-2-2025 11:31 AM
adakah sbb semalam beramai2 penganut Hindu membazir baling kelapa utk upacara diorg?

Kenapa kena kaitkan dgn ritual agama org lain?
Belajarlah menghormati kepercayaan org lain.
Quote jejaka_hensem 12-2-2025 12:58 PM
Setakat 20ringgit tu,tak bergerak pon gaji 40k yg iols dpt tetiap bulan
#alhamdulillah
Quote white_musk 12-2-2025 12:59 PM
alah beli hp, makanan viral boleh,
Quote ninja boy 12-2-2025 01:05 PM
Rumah ai byk kelapa belakang rumah, kesian pulak korang rumah bertingkat rumah bandar x dpt tanam makanan, Malaysian x tanam mknn merata2
Quote kemaruk 12-2-2025 01:07 PM
sakit        
Quote misszazaz 12-2-2025 01:24 PM
addoiiiii
Quote AznieBunnie 12-2-2025 03:20 PM
santan kotak kecil KARA yang bentuk 3 segi tu dulu 90sen. sekarang dah naik RM1.40

apa citer santan kelapa sawit dulu tu? tak ada yang jual ke? ke rasa dia tak sedap?
Quote Azharitubunga 12-2-2025 04:03 PM
jas7512 replied at 12-2-2025 11:40 AM
Klu mahal beli je santan kotak..gini je nak ajar peniaga yg naikkan harga. Beli brg alternatif cuma  ...

Pendapat aku.. bukan peniaga suka2 nak naik harga.. memangnya kelapa tak ada.. aku duk kg.. pokok kelapa ada banyak.. tapi buah tak ada atau berkurang..

Kata orang tua2...
Sambung ah

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-3-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.152280 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top