CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je

10-2-2025 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33856| Komen: 51|Original author: Raline

Seorang wanita berhijab membuat pengakuan berani apabila mengakui memilih lelaki berstatus sudah berkahwin untuk mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu tersebut berkongsi detik pertemuan dengan lelaki yang berstatus suami dan menjalinkan hubungan jarak jauh selama lima tahun.

Menurutnya, lelaki itu serius ingin mengahwininya sehingga kini.

fr.PNG


"Pada ketika itu, umur dia hampir 50 tahun. Permulaannya kami hanya berbincang tentang urusan kerja. Saya uruskan remaja yang nak sambung belajar. Lelaki ini pula merupakan ayah kepada remaja tersebut. Daripada itu mulalah bergurau senda dan detik-detik berkawan."

Tambahnya, dia tertarik dengan usaha lelaki tersebut yang sentiasa mencari masa untuk menghubunginya.

Berkongsi lebih lanjut, wanita tersebut akui enggan dengan lelaki berstatus bujang kerana perlu meluangkang masa dengan pasangan.


"Saya ada tanggungjawab besar dengan keluarga. Saya jaga ibu bapa dan adik saya. Masa saya banyak dengan keluarga. Saya berfikir ketika itu, kalau kahwin dengan lelaki bujang saya kena luangkan masa dengannya. Kalau dengan suami orang, hanya masa-masa tertentu saja kami akan berjumpa."

Tambahnya lagi, dia tidak kisah berkahwin dengan suami orang selagi masa bersama keluarganya tidak diganggu.

Sumber: TikTok @TuLinMy/Ohbulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 7-2-2025 04:37 PM
KO belum kawin memanglah berfantasi jarang2 jumpa takpa..cuba dah kawin. Meroyan KO urus semua sendiri je. Itu jam rasa ada laki pun tak guna tak membantu datang nak tuttttt je
Quote tepisket.. 7-2-2025 04:49 PM
Banyak tgk drama melayu kut tu yang syok sendiri
Quote supernaturalee 7-2-2025 04:53 PM
naina replied at 7-2-2025 04:37 PM
KO belum kawin memanglah berfantasi jarang2 jumpa takpa..cuba dah kawin. Meroyan KO urus semua sendi ...

teringat cerita aida aris, hatiku bukan pualam
marah die kt tok laki snengal
asal balik je nk buat anak
asal balik je nk buat anak



Quote hiswife 7-2-2025 04:55 PM
Belum kawen, memang la sedap sembang sis..
Quote gorjeous 7-2-2025 06:53 PM
Mengucap sis.
Quote ninja boy 7-2-2025 08:04 PM
Bila dah beranak kena urus sendiri anak, laki ada bini no 1 sibuk urus anak bini no 1, ada laki tapi hidup spt janda
Quote isseliparjepun 8-2-2025 05:13 PM
Belum mendalam lagi dia fikir ni. Awak mungkin mampu hidup berdua, isteri suami orang tu belum tentu mahu. Tak seronok membina kebahagiaan atas air mata perempuan lain.
Quote nw111 8-2-2025 05:16 PM
Ni jenis kalau laki sakit mmg dia bye2 kan je..
Quote manop 8-2-2025 11:55 PM
nw111 replied at 8-2-2025 05:16 PM
Ni jenis kalau laki sakit mmg dia bye2 kan je..

dah nak puasa ni..tak trade in ke gelang2 lama tu?

Quote ctaz 9-2-2025 12:11 AM
byk tgk tv budak ni
Quote ifanonline 9-2-2025 01:19 AM
mungkin pilihan sebegini sesuai utk andartu
Quote Isninselasarabu 9-2-2025 01:33 AM
Org jepun ade hidup mcm ni.. berkahwin sbb nafsu.. walaupun serumah duk bilik asing2 mcm bujang.. weekend je baru lah bersama.. hari biasa tu blh buat mcm org bujang... Sbb nk elak dr bercerai dan bergaduh.. tapi sebagai islam, its not the key of marriage pun.. kahwin ni gudang pahala sebenarnya.. tapi gitulah... Ermm tampamham jugak aku ape die fikir...  
Quote Myeramie 9-2-2025 02:44 AM
Laki kaya xpe kut boleh upah maid.or kahwin lki bujang yg sama pemikiran mcm kau.laki keje offshore or xyah khwin lagi senang.xyah nk kcau lki org.mesti laki org tu nanti nk menempel ngn kau je bkn ngan bini tua.
Quote manop 9-2-2025 06:08 AM
Pstt. @nw111
Quote batmana 9-2-2025 07:48 AM
Niat kawin sebab Allah lar
Bukan sebab nk certain masa..ko dh niat gitu
Nnti Allah tarik masa tu..somi sakit..ko sakit..umot dh 55 tahun..skali ko sakit dlu..agk2 dia ada masa dgn kamu ka?

Silap2 Kene tinggal sudah..dah masa tu dh takde..
Quote shida81 9-2-2025 07:56 AM
Klu niat awal da mcm tu mmg porak peranda la jawabnya.. Tggu je la bini dia dtg serang
Quote zehra2 9-2-2025 07:59 AM
bila ko tkde apa2.. dan mmg nak menenggek harta org... gitu lah. hidup pun tkde pilihan.
kesian nya
Quote mehmet 9-2-2025 08:27 AM
Betina haprak. Baik kau sebut nak kahwin dgn anak Raja copy Faridah Daud.
Quote mehmet 9-2-2025 08:30 AM
Ikhlas pasang niat kerja baik gaji boleh tampung Mak ayah. Niat nak jahanam rumahtangga org tak ke jenayah ??

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.068693 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top