KAJANG: Bau busuk membongkar penemuan mayat disumbat dalam sebuah bagasi yang ditemui di sebelah longkang besar di Taman Cheras Perdana, di sini. Difahamkan, bagasi berwarna biru berkenaan ditemukan dalam keadaan berkunci dan diikat menggunakan tali merah. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu namun enggan mengulas lanjut. Katanya, maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi kenyataan rasmi oleh Ketua Polis Daerah Kajang dalam masa terdekat. Terdahulu, penduduk di Taman Cheras Perdana melaporkan penemuan sebuah bagasi yang mencurigakan di sebelah longkang besar pagi tadi. Bagasi itu mencurigakan penduduk setempat kerana mengeluarkan bau busuk dengan lalat dan ulat kecil di sekelilingnya. SUMBER: Berita Harian |
emera replied at 10-12-2024 05:44 PM
Yg pompuan nama teh apatah yg kawen dgn kerabat silver yg tua tu, mati kena bunuh & kena lipat dlm b ...
tripleid replied at 10-12-2024 04:32 PM
Mcm kes potong2 sumbat dlm beg buang kat hiway a few years ago...siap ada gamba uncensored dlm threa ...
Supersirap replied at 10-12-2024 04:33 PM
Dah macam kes pembunuhan oleh kartel-kartel dadah di Colombia
emera replied at 10-12-2024 05:44 PM
Yg pompuan nama teh apatah yg kawen dgn kerabat silver yg tua tu, mati kena bunuh & kena lipat dlm b ...
syamzana replied at 10-12-2024 05:51 PM
yg ni bukan arwah hasleza ke? yg jd isteri kedua tu tp mcm mayat dicampak je ke sungai or mana ent ...
ADVERTISEMENT