CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi lelaki maut di rumah pengasuh - 'Bibir anak sudah biru, ketika itu pengasuh dakwa muka anak tertutup selimut'

10-12-2024 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13827| Komen: 35

 


Melaka: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemui meninggal dunia dengan mukanya dilitupi selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin, hari ini.

Kejadian 11.30 pagi disedari pengasuh wanita berusia 27 tahun apabila mendapati bayi berkenaan dalam keadaan terlentang dengan selimut menutupi mukanya.

Bapanya, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata, dia dihubungi isterinya, Ainol Izzah Raslan, 25, pada 11.40 pagi sambil menangis teresak-esak yang memaklumkan kejadian.

Katanya, pengasuh wanita terbabit menghubungi isterinya memaklumkan keadaan anak tunggal mereka yang tidak sedarkan diri.


"Ibu saya yang lebih dekat dengan rumah pengasuh tiba beberapa minit kemudian dan melihat bibir anak sudah biru, serentak itu pengasuh mendakwa muka anak saya tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain di rumah berkenaan.


"Ibu saya kemudian membawa anak ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan doktor memaklumkan anak saya sudah tiada," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka, petang tadi.

Nazrul Nizam berkata, beliau tidak menyalahkan pengasuh berkenaan kerana sebelum ini wanita itu sudah menjaga anaknya dengan baik sejak empat bulan lalu tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

"Saya kenal pengasuh itu pun melalui media sosial dan dia sendiri pun mengaku ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini tapi ternyata Allah lebih menyayangi anak saya," katanya.

Ketika ini, jenazah bayi berkenaan masih menunggu untuk proses bedah siasat, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau, esok.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Sumber:-  Harian Metro
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 10-12-2024 10:31 AM
xyah selimut la..kecuali ko ade situ nk tgk dia jer
Quote IvyGorgon 10-12-2024 10:51 AM
ni boleh charge negligence lah kan?
Quote kakikuDibibirmu 10-12-2024 11:01 AM
Tazzangka dengan selimut pun boleh mati
Quote supernaturalee 10-12-2024 11:10 AM
kakikuDibibirmu replied at 10-12-2024 11:01 AM
Tazzangka dengan selimut pun boleh mati

[youtube]zdnw9d5mOUM[/youtube]





Quote syamzana 10-12-2024 11:13 AM
innalillah...
sedihnya baru ada anak 6bulan dah meninggal.
Quote capwayang 10-12-2024 11:31 AM
..pusat pengasuh di seluruh Malaysia ni memang takde training infant, baby toddler cpr langsung ye? Iols rasa baby ni boleh dak diselamatkan kalau disedari lebih awal..
Quote midori888 10-12-2024 11:38 AM
dah smp ajal baby tu...salam takziah...
Quote Prickford 10-12-2024 11:43 AM
kakikuDibibirmu replied at 10-12-2024 03:01 AM
Tazzangka dengan selimut pun boleh mati

Baby kadang2 kalau ada kain kat muka, dia tak dpt nak alihkah. Pastu mesti terpakai2 tak cukup nafas. Iolls pon kekadang risau baby iolls tido dlm cot kalau berselimut. Nak kena pantau selalu. Tapi skang baby iolls nak masuk usia setahun, iolls praktik kan masa start 9 bulan utk baby iolls tarik any material yg ada dekat muka. Lama2 reti tarik dah.

Quote vanilacup 10-12-2024 11:45 AM
Kena byk baca pasal AEFi ..bukan melihat kesilapan manusia semata-mata
AEFi boleh bersifat kesan serta merta,jangka pendek atau jangka panjang.
Org Malaysia memang tak suka membaca perkara yg serius dan berat..
Quote talapia 10-12-2024 11:54 AM
Kalau taska.. pengasuh2 wajib ikuti kursus bagai..
taska pon diselia..
itu pon berlaku juga kecuaian apa smua..

ini pengasuh.. masing2 based on experience aje la.. dah pernah jaga budak.. or dah pernah ada anak sendiri...
biasanya pengasuh akan jaga sama mcm dia jaga anak sendiri. gitu..
berselimut ke apa.. biasala tu.. kita pon kadang selimutkan juga kan baby.. bukanla sentiasa berbedung..

kena extra precautious la bila kita jaga baby ni.. kejap2 jenguk..

aku dulu dari newborn.. sampaila dah 2 tahun ke gitu.. memang letak playpen tengah2 rumah. Situla letak baby waktu siang. Senang kita nak monitor. Dari dapur pon bole jenguk2. kalau baby biasanya elakkan la selimut2 bantal berlebih2 ni.. risiko mcm ni memang tinggi.

pakaikan baby baju yang siap2 selesa.. satu lagi.. baby cot bumper pon aku tgk macam berisiko utk suffocate. kalau baby dah mula pandai mengiring.. bole tergolek ke tepi tilam in between bumper cot tu.. muka bole tertutup dengan bumper tu... pernah tgk video baby tersangkut kat tepi tilam.. mati lemas jugak.
Quote Decaffeinated 10-12-2024 12:13 PM
beliau tidak menyalahkan pengasuh berkenaan kerana sebelum ini wanita itu sudah menjaga anaknya dengan baik sejak empat bulan lalu

Maaf cakap, budaya terlebih pemaaf melayu ni antara penyebab melayu senang cuai dan susah nak maju.

Perlu terapkan mentaliti apa sahaja yang berlaku ialah kerana you let it happen, including accidents. Then the mindset will magically change.
Quote Decaffeinated 10-12-2024 12:19 PM
capwayang replied at 10-12-2024 11:31 AM
..pusat pengasuh di seluruh Malaysia ni memang takde training infant, baby toddler cpr langsung ye?  ...

Pengasuh ni either suri rumah nak cari duit lebih atau kalau taska budak2 yang tak nak kerja kilang. Kalau nak yang siap kursus bagai tak dapat lah harga macam sekarang. Rate yang ada ni pun ramai yang tercungap2 nak membayar.

Quote Buritan 10-12-2024 12:21 PM
capwayang: ..pusat pengasuh di seluruh Ma ...
na

Taska jaga anak aku dulu laa yg bela tuu budak klas ujung yg tak kisah diri dia pun.
Quote pocongkiutss 10-12-2024 12:25 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-12-2024 11:01 AM
Tazzangka dengan selimut pun boleh mati

Mmg boleh weh..acik baby sitter tu tak baca pasal safety hazard ke..iols mmg takde la nk selimut2 bagai ni
Quote PULANGKAN 10-12-2024 02:41 PM
teringat anak buah weols. dia kalau nak tido, suka tarik selimut dia tutup muka

rutin dia kalau dah ngantuk, tarik selimut, bukak, tarik, bukak, tau2 je dah tido
Quote nisako 10-12-2024 02:54 PM
adui siannye
Quote pocongkiutss 10-12-2024 03:05 PM
Apo baby maninggal sbb lemas tak reti tarik selimut pun ada yg nak kaitkan beksin..ngok betol
Quote cattiecute 10-12-2024 03:24 PM
senangnye nak maafkan
katanya takdir yada yada
tapi taknak siasat ke kenapa anak ko terbaring gitu pun boleh meninggal?
letak kain tebal ke nipis ke
letak full atas muka ke apa
adoiyai aku pulak stress baca berita ni
Quote malutapimahu 10-12-2024 03:49 PM
aduhh aku pulak seriu, baby aku baru 5 bulan tu dia mmg suka kain2 ni nak tdo mmg kena letak kain kat dia, dia gosok2 muka pgg2 kain sampai tertido. dia pandai tarik kain tu dari muka dia lepas dia gosok2 tp mcm takut jugak ni aduhhh

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061112 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top