Pelakon dan penyanyi Fattah Amin memaklumkan dia sudah menerima dan membalas notis tuntutan (LOD) daripada bekas isteri, Nur Fazura berhubung kenyataan berkenaan isu kenderaan. Ujar Fattah, dia menyerahkan urusan tersebut kepada peguam untuk tindakan lanjut.
"Perkara itu sedang diuruskan oleh peguam saya. Peguam saya akan membalas LOD itu. LOD itu saya terima sebelum saya berangkat ke umrah, pada November lalu." "Notis jawapan balas sudah diserahkan mengikut tempoh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima."' "Setakat ini itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Perkara seterusnya saya cuma tunggu sahaja di mahkamah." Perkara itu sedang diuruskan oleh peguam saya. Peguam saya akan membalas LOD itu. LOD itu saya terima sebelum saya berangkat ke umrah, pada November lalu. Notis jawapan balas sudah diserahkan mengikut tempoh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima. Setakat ini itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Perkara seterusnya saya cuma tunggu sahaja di mahkamah. Fattah menegaskan kereta itu bukanlah hadiah sebaliknya dia membayar ansuran bulanan menerusi potongan gaji. Fattah dan Fazura sah bercerai pada Oktober 2024 setelah 7 tahun mendirikan rumah tangga. Sumber:- Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|