Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad, menzahirkan rasa kesal terhadap komen negatif netizen yang diterima berkaitan majlis ilmu dianjurkannya baru-baru ini. Pakaian rakan selebriti yang hadir dikecam, Betty, atau nama sebenarnya Norsha Rahmad, 43, menggesa netizen untuk memandang usaha mencari ilmu agama dari sudut positif, bukannya menghukum atau mengecam membuta tuli. “Saya dapat banyak komen negatif tentang majlis ilmu yang saya anjurkan, antaranya kata majlis itu untuk artis sahaja dan tuduh saya atau kawan-kawan tak tutup aurat dengan sempurna. “Kena ingat, saya dan kawan-kawan seperti Nora Danish pun pernah berada di tempat mereka sebelum ini. Kami juga pernah jahil, banyak benda yang tak tahu. “Tapi kenapa tak boleh pandang perkara ini secara baik dan positif daripada tengok yang negatif,” katanya menerusi video dalam TikTok.
Bukan pilih bulu, Betty sebaliknya berkata, tujuan utama majlis itu dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada rakan-rakan artis yang mungkin sukar menghadiri kelas agama secara terbuka kerana kekangan tertentu. “Saya memang sasarkan artis sahaja kerana mereka mungkin takut untuk pergi kelas agama luar. Mereka bimbang tidak diterima atau dikecam. “Jadi, saya sediakan ruang supaya mereka boleh belajar perlahan-lahan tanpa rasa tertekan,” jelasnya. Dalam video tersebut, adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima itu juga turut mengingatkan netizen agar berhati-hati dengan komen ditinggalkan dalam media sosial yang mencetuskan lebih banyak keburukan. “Hati-hati dengan komen yang ditulis. Dalam tak sedar, kita mungkin menggalakkan orang lain untuk sama-sama mengutuk. “Cuba cermin diri, adakah kita ini sempurna? Kita semua nak belajar, termasuk saya. Jangan cepat menilai atau mengata usaha orang lain untuk berubah ke arah yang lebih baik. “Kalau tiada benda baik nak cakap, lebih baik diam. Saya sangat hargai inisiatif kawan-kawan saya yang datang belajar,” tegasnya. Majlis ilmu anjuran Betty itu mendapat perhatian ramai selepas video pendeknya tular dalam media sosial, namun sebahagian pihak dilihat lebih gemar mencari kesalahan daripada menghargai usaha tersebut. Sumber:- KOSMO! ONLINE |
noor2 replied at 9-12-2024 08:50 PM
Mcm ni la Betty..ko buat untuk majlis Allah..kalau takat jemput rakan2 artis elokla x payah ko viral ...
noor2 replied at 9-12-2024 08:50 PM
Mcm ni la Betty..ko buat untuk majlis Allah..kalau takat jemput rakan2 artis elokla x payah ko viral ...
likilu replied at 9-12-2024 02:11 PM
Betul, normalizekan tak record tak upload
Cuba jadi macam group mak mak kita upload dlm group je ...
ADVERTISEMENT